Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah, 34, terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas dijangkiti Influenza A pada Khamis.
Menurut Cik Piah, pada mulanya dia cuba bertahan, malah sempat bersiaran pada slotnya Gaya Suria, pada jam 10 pagi hingga 1 tengah hari pada Khamis.
Namun akhirnya, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengalah dan terus bergegas mendapatkan rawatan di hospital.
“Dan akhirnya Cik Pia di sini. Influenza A start dari semalam dah sakit badan tapi masih gagah juga on air tadi tapi badan makin seram sejuk.
“Kepala berdenyut macam nak pecah.. huwaaaaaa,” tulis Cik Piah menerusi ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Disebabkan keadaannya yang tidak mengizinkan, Cik Piah tidak dapat mengikuti siri jelajah Suria FM, Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang memulakan road tour mereka di Paradigm Mall, Johor Bahru, Johor pada Sabtu ini.
“Jelajah Suria Sabtu ni sepatutnya Cik Piah turun tapi apakan daya… Hmmm takdelah pelesit kota,” tulisnya lagi.
Ramai rakan artis turut mendoakan agar Cik Piah segera sembuh agar dapat menghiasi hari-hari mereka dengan suara ‘riang’ yang sinonim dengan perwatakan Cik Piah yang cukup ceria itu.
“Patut la serak gila suara on air tadi, semoga sihat kembali,” komen Mamat Sepah.
“Cik Piah no syatuu okay. Get well soon,” titip Elly Mazlein.
“Aduhai, tarik lagu ni beriay sangat masa practise hehe, get well soon dik,” tulis Haiza Hanafi.
“Speedy recovery babe,” komen Adeline Tsen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI