Jenama tudung Naelofar kini sudah boleh didapati menerusi Shopee, platform e-dagang popular di negara ini.
Melancarkan kedai di Shopee merupakan satu lagi kejayaan bagi Neelofa dalam usaha beliau memperluas jejak digitalnya yang sebelum telah pun berkembang secara global hingga ke Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, UK dan Amerika Syarikat.
Neelofa, selaku pengasas kepada jenama berkenaan berkongsi, kerjasama bersama Shopee tidak harus terbatas pada pasaran tempatan kerana semata-mata kerana Shopee turut boleh didapati di enam buah negara lain, tetapi akan melakukan perkara seterusnya satu langkah pada satu masa.
Pelancaran ini juga dikatakan tepat pada masanya kerana seluruh industri runcit perlu mengubah corak pemikiran dan bersifat tangkas demi menyesuaikan diri dengan perubahan yang disebabkan oleh penularan Covid-19.
“Sebagai pemilik perniagaan, kami memiliki dua pilihan iaitu tunggu dan lihat atau perhati, lakukan perubahan yang sewajarnya dan bertindak secara positif terhadap persekitaran kami.
“Kami memilih untuk melakukan perkara yang kedua dengan membuka peluang baharu dan memperluas saluran penjualan melalui kerjasama kami dengan Shopee.
“Tidak ada apa-apa yang akan menghalang Naelofar daripada menepati janji kami kepada wanita ketika kami berusaha untuk melahirkan perbezaan dalam hidup mereka dengan memperkasakan mereka dan memberikan keyakinan pada paras rupa mereka sendiri,” katanya.
Optimis terhadap perkara itu, bekas hos MeleTOP ini turut akui kecenderungan pembeli generasi baru kini yang lebih tertumpu kepada pembelian secara salam talian.
“Memandangkan keadaan semasa dan bagaimana pengguna yang muda dan muda di hati kini beralih kepada pembelian atas talian untuk memenuhi keperluan runcit mereka, adalah baik untuk kami memanfaatkan kerancakan dan pangkalan pengguna Shopee bagi memasarkan Koleksi Raya istimewa kami di seluruh negara.
“Secara utamanya, sebagai pemilik perniagaan, kepentingan saya juga adalah untuk melindungi kebajikan pekerja saya sementara kami terus menilai pasaran untuk peluang yang ada,” tambahnya lagi.
Kedai Rasmi Naelofar di Shopee mempunyai rangkaian tudung yang direka dengan baik dan berpatutan untuk memenuhi setiap pilihan pengguna.
Pengguna boleh mendapatkan hijab yang paling laris oleh jenama ini di kedai termasuk Sport Stretch – Sport Hijab, Go Far Moda, Bell – Instant Shawl, Sofis – Printed Square, Lorea – Printed Square dan Elle – Printed Square.
Selain itu, peminat pastinya teruja untuk mendapatkan Koleksi Raya 2020 jenama ini, yang terdiri daripada rangkaian Raya Printed yang diinspirasikan oleh corak bunga (Elle, Sofis, Lorea) dan rangkaian Raya Solid (Aisa, Bell, Delika) yang dihias dengan Swarovski.
Menerusi pelancaran imi juga, Neelofa kini menyertai barisan selebriti lain di Shopee Celebrity Squad.
Dilancarkan pada bulan Mei 2018, Shopee Celebrity Squad merupakan platform bagi selebriti untuk mempromosikan dan menjual produk mereka yang direka khas kepada peminat dan pengguna Shopee.
Sambutan diteruskan dengan Jualan Raya Naelofar dari 11 hingga 22 Mei di mana peminat dan pengguna boleh menuntut baucar dari kedai dan menikmati potongan 30% tanpa perbelanjaan minimum, yang dihadkan pada RM30.
“Dengan Shopee, Naelofar juga telah melancarkan beberapa tawaran dan baucar menarik bagi memberikan lebih nilai dan membantu pengguna bersiap sedia untuk Hari Raya yang bermakna.
“Ini mungkin sedikit awal, tetapi saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua,” akhiri Neelofa.