“Kami masih lagi baik dan tiada isu di antara satu sama lain.”
Demikian kata penyanyi dan komposer, Sufian Suhaimi selepas ditanya mengenai status dirinya bersama wanita yang dikenali sebagai Rania Al Sadat, sekaligus mengesahkan mereka kini memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Sufian berkata, dia memulangkan cincin merisik pada minggu kedua Ramadan.
“Kita masih lagi berkawan, termasuk dengan ahli keluarga masing-masing. Cumanya, hubungan ‘merisik’ itu sudah tiada. Kami terima dengan hati yang terbuka dan tidak menyimpan perasaan dendam.
“Malah sejak keputusan tersebut dibuat, kami masih lagi berjumpa dan berhubung. Namun bila cincin sudah dipulangkan, masing-masing kenalah hormati status. Buat sementara waktu, kami ambil pendekatan untuk beri ruang kepada diri kami.
“Keputusan tersebut dilakukan secara bersama sebab kalau nak diikutkan, perancangan untuk bernikah tu sudah ada sejak tahun lepas. Cuma ada beberapa perkara yang dirasakan perlu untuk kami bincangkan dengan mendalam.
Ads
“Ini kerana masing-masing berpendapat hal perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
“Bukan saya nak cakap yang kita buat keputusan tergesa-gesa juga sebelum ini (merisik), tetapi bila semakin dekat dengan tarikh (nikah), kami berdua berbincang mengenai kehidupan saya dan dia.
“Jadi bila berbincang, kami fikir mungkin perlu ‘take a step back’ untuk fikir masak-masak. Bukan nak kata kami tidak sehaluan, cuma perkara yang dirasakan tidak sesuai untuk saya dan sebaliknya,” katanya kepada MH.
Sufian berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Raya 2024 Bersama Artis Rusa Music & MVM Production di Shah Alam, pada Isnin.
Ads
Bagaimanapun, penyanyi lagu Menggenggam Bahagia itu percaya soal jodoh dan mendoakan yang terbaik buat dia dan bekas teman.
“Bagi saya itulah ‘hikmah’ di sebalik adat yang kita langsungkan sebelum ini. Kita merisik bukanlah bermaksud kita sudah berkahwin. Ia adalah proses untuk saling mengenali.
“Apa pun saya sangat bersyukur kerana dapat mengenali dan menghormatinya. Keluarganya juga sangat baik sehingga ke hari ini. Kami juga sampai sekarang mengharapkan kebahagiaan buat diri masing-masing.
Ads
“Siapa tahu, jodoh di tangan Tuhan. Kemungkinan kita pun akan bahagia bersama-sama juga. Mungkin ada peluang untuk kembali sebagaimana sebelum ini,” katanya lagi.
Terdahulu, tular klip video di media sosial yang memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian menyarung cincin di jari manis seorang gadis, sekaligus mencetuskan spekulasi samada penyanyi itu sudah bertunang.
Sufian menjelaskan ia sebenarnya adalah majlis merisik yang dilangsungkan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
Namun pada Mac lalu, warganet mulai membuat spekulasi membayangkan kedua mereka tidak serapat dulu memandangkan masing-masing tidak lagi saling mengikuti di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan terkenal Datin Seri Shahida yang juga isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri meraikan majlis perkahwinan adik lelakinya beberapa hari lepas.
“Tahniah adik saya dah selamat menjadi suami orang!!! semoga perkahwinan yg dibina kekal hingga ke akhir hayat.
“Kahwin ni bukan sehari dua…kalau rasa2 nak bebas, seronok jadi bujang jgn bina rumahtangga…sebab rumahtangga perlukan komitmen…tanggungjawab suami besar…kena belajar pikul amanah”
“Pesan kak ida jaga hati isteri,kalau marah jgn keluar kata2 kesat…nasihat dan hargai isteri, pergorbanan dia yg dah buat mcm2 utk kita….isteri tu cerminan suami…siapa suami begitulah juga isteri…..”
“dengar motivasi @profmuhaya ni….isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu cantiklah kamu. Elok suamimu. Eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya.”
“Wahai sang suami, jika kau merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.”
“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah..inshaAllah.Tq @issyazwedding …baju pelamin semua cantik22…..harga pun terbaik berpatutan..”tulisnya.
Menariknya, Datin Shahida atau nama sebenar Nur Shahida Mohd Rashid telah memberi pesanan dan nasihat kepada kaum lelaki di luar sana bagi yang mahu mendirikan rumahtangga.
Lantas, perkongsian Datin Shahida menjadi perhatian netizen dan bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh usahawan yang berusia 33 tahun itu.
Semoga kata-kata dan nasihat Datin Shahida ini dapat dijadikan panduan buat semua.
Foto : Instagram Datin Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedang menanti detik bergelar bapa, pelakon Jehan Miskin, 41, dan isteri, Julie Camelia Rhee Abdullah, 36, akui tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Jehan menerusi laporan Harian Metro berkata, mereka sebenarnya tidak terfikir menimang cahaya mata sebelum ini sehinggalah Julie menyatakan hasrat mahu menjadi ibu tahun lalu.
“Sebenarnya masa mula-mula kahwin, kami tidak fikir sangat soal cahaya mata kerana kami bahagia berdua.
“Namun, memikirkan kami sudah lama bersama, kami terbuka hati dengan idea (anak) itu beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih selepas bapa saya meninggal dunia.
“Tiba-tiba isteri menyatakan keterujaan betapa gembiranya dia jika memiliki seorang anak tahun lalu. Alhamdulillah, dia terus hamil pada minggu yang sama,” katanya.
Sambil menzahirkan rasa syukur, bintang filem Qaisy & Laila itu turut terkejut dengan berita gembira itu apatah lagi rezeki untuk timang zuria hadir dengan begitu pantas.
“Kami sebenarnya jangka usaha itu akan mengambil masa beberapa tahun. Namun, saya sangat bersyukur ia terus terjadi kerana saya pun sudah berusia 41 tahun.
“Lagipun, kami memang sudah bersedia untuk ada anak. Ia ibarat bonus kejutan di waktu pandemik ini memandangkan kita tidak dapat melancong ke luar negara,” katanya.
Terdahulu, Jehan berkongsi kegembiraannya tidak sabar menjadi bapa September lalu dan pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013.
Foto: Instagram Jehan Miskin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah selebriti dan doktor pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad bersikap tenang dan positif apabila Instagramnya telah di godam pihak tidak bertanggungjawab.
Menerusi video yang dirakamnya baru-baru ini, Prof Muhaya memohon doa ramai agar platform dakwahnya itu dapat dikembalikan semula.
“Saya dapat ujian kehidupan mengenai media sosial Instagram. Di situ, saya selalu berkongsi ilmu dan memberi inspirasi kepada orang ramai.
“Instagram juga merupakan satu medan dakwah saya telah pun digodam.
“Jadi saya dah maafkan orang itu dan mendoakan agar dia diberi hidayah untuk tidak buat perkara itu lagi,
“Harapan saya agar pengikut seramai 864,000 mendoakan supaya Instagram saya dapat dikembalikan semula,
“Saya tidak akan berhenti di sini, saya juga akan berkongsi video menerusi Facebook saya,” kata Prof Muhaya tenang.
Video tersebut turut dikongsikan pelakon dan model, Nur Fazura.
“Satu reaksi yang baik apabila kita mendoakan orang yang buat tak baik pada kita,
“Saya turut mendoakan semoga orang yang bertanggungjawab menggodam account Instagram @profmuhaya segera mengembali kan account beliau dengan cara baik, InsyaAllah saya yakin Prof Muhaya akan ampunkan,
“Banyak yang masih ingin beliau kongsikan dan kami juga perlukan kata-kata motivasi beliau. InsyaAllah saya doakan di hari Jumaat yang barakah ini semoga dipermudahkan. Jom sama-sama kita doakan ya? Amin,”tulis Fazura.
Terdahulu, aktor Fizo Omar turut terkesan dengan Instagram Prof Muhaya Mohamad yang telah digodam baru-baru ini.
Video : Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!