Atas keunikan suara dan pesonanya, baru Razak A’ai sering dilabel sebagai antara bintang yang mempunyai aura suara seakan Louis Armstrong, malah ada yang berikan gelaran Cakra Khan Malaysia kepadanya.

Difahamkan, persamaan berkenaan diberikan sejumlah besar pengikutnya yang sebelum ini sering mengikuti persembahan penyanyi asal Kuching, Sarawak ini menerusi persembahan di jalanan.

Malah, Razak A’ai turut berkongsi beberapa video persembahannya di media sosial.

Lalu, suaranya yang disifatkan maskulin itu akhirnya dapat diperdengarkan menerusi single di bawah naungan syarikat rakaman Todak Music berjudul Aku Setia.

Diinspirasikan daripada tragedi menyayat hati yang pernah menggemparkan dunia, Razak A’ai bagaimanapun belum mahu berkongsi lanjut mengenai pembikinan muzik video untuk single sulungnya itu.

“Keputusan Menyanyi Dapat Tentangan Daripada Ibu Pada Awalnya. Tetapi…,” – Razak A’ai Optimis, Raih Gelaran ‘Cakra Khan Malaysia’?

“Idea menghasilkan lagu ini pada mulanya tercipta sebagai luahan rasa terhadap ibu saya. Sebelum bersama Todak Music, saya pernah menaungi sebuah syarikat rakaman sebelum ini dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita sebagai menyanyi di usia yang sangat muda, iaitu 18 tahun.

IKLAN

“Pernah menghasilkan sebuah single, namun ianya kurang menjadi. Malah kehidupan sebagai anak seni sangat mencabar. Keadaan itu mendesak saya pulang ke kampung halaman dan ia disambut dengan penuh rasa gembira oleh ibu saya.

“Ibu sarankan saya supaya mencari pekerjaan lain di Kuching Sarawak dan tinggal bersamanya. Tidak beberapa lama, saya mendapat tawaran daripada Todak Music. Minat terhadap muzik menggesa saya untuk kembali ke Kuala Lumpur.

“Hendak dijadikan cerita keputusan saya untuk menyanyi mendapat tentangan daripada ibu pada awalnya. Tetapi saya berjanji saya akan membawa pulang kejayaan kali ini dan berharap ibu saya setia menunggu momen itu,” katanya apabila ditanya mengenai proses pembikinan lagu Aku Setia.

Menariknya juga, single terbabit juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya tuan badan.

Menyuntik kelainan, beberapa bait lagu ini turut meminjam suara adik Alyssa Dezek, iaitu bintang kecil berbakat besar yang cukup sinonim dengan persembahan ukulele.

IKLAN

Tidak mahu tertumpu kepada satu kisah semata, Razak A’ai juga mengajak ramai untuk  mentafsir makna lagu ini yang boleh diguna pakai dalam konteks lebih meluas.

Sementara itu, muzik video lirik untuk lagu terbabit sudah pun dimuat naik menerusi YouTube kurang seminggu lalu. Hingga kini, ia sudah pun mendapat tontonan hampir 40,000 kali tontonan.

“Keputusan Menyanyi Dapat Tentangan Daripada Ibu Pada Awalnya. Tetapi…,” – Razak A’ai Optimis, Raih Gelaran ‘Cakra Khan Malaysia’?

“Terima kasih kepada pihak Todak Music kerana menyakini bakat saya. Todak Music, bagi saya sebuah syarikat rakaman yang kini sedang memberi inisiatif dalam membawa revolusi baharu dalam industri muzik.

IKLAN

“Seiring dengan misi dan visi mereka, keberadaan saya disini bukan untuk mencipta nama sebagai penyanyi saja tetapi pencipta lagu serta lirik juga.

“Mungkin suatu hari nanti, saya diberi peluang berkolaborasi dengan penyanyi tempatan menghasilkan lagu buat mereka. Selain dapat bekerjasama dengan komposer terkenal tempatan, bertukar-tukar idea menghasilkan sebuah karya yang diterima ramai.

“Saya percaya gabungan idea dapat menghasilkan sebuah karya yang lebih menarik,” terangnya optimis.

Mengulas mengenai vokalnya yang sering disamakan dengan Cakra Khan dan Louis Armstrong pula, Razak A’ai optimis dalam menyantuni kesamaan itu sebagai satu kelebihan juga bonus untuknya.

Harapannya cuma satu, agar gaya nyanyiannya tidak dibayangi sesiapa kerana percaya dia turut mempunyai kelebihan dan identiti tersendiri

Foto: Terima Kasih Todak Music

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI