Jasmin Hamid berkongsi sedutan pengumuman Perdana Menteri sempena Hari Pekerja yang menyatakan perjalanan pulang ke kampung tidak dibenarkan bagi menyambut Aidilfitri.
Jelasnya, tahun 2020 merupakan tahun yang sangat berbeza dalam cara hidup terutamanya bagi yang beragama Islam. Tambahnya, kerajaan hanya meminta rakyat memutuskan rantaian wabak dan bukannya ikatan silaturahim.
“Tahun 2020 adalah tahun yang sangat berbeza cara hidup kita terutamanya untuk semua Umat Islam.
“Pada yang dah memang ada dengan kaum keluarga, Bersyukurlah. Dan pada yang terpisah dari keluarga, jangan bersedih. Allah sentiasa ada dengan kita.
“Kita masih BELUM MENANG. Kerajaan hanya minta kita PUTUSKAN RANTAIAN COVID_19 ini sahaja. Bukan putuskan silatulrahim.
“Lapangkanlah dada kita semua untuk menjalani UJIAN ALLAH ini dengan REDHA seperti orang yang BERIMAN.
“Setiap apa juga UJIAN yang ALLAH turunkan, pasti ada hikmah di sebaliknya.. BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH!
“JANGAN INGKAR ARAHAN KERAJAAN kalau tak nak beraya di HOSPITAL atau KUBUR ..JANGAN BUNUH DIRI. Hebat Bukan?” kongsinya.
Walaupun rakyat Malaysia telah mula bekerja, namun selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, perjalanan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan.
Foto : Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI