Masih ingat dengan kumpulan Spice Girl? Ala…yang ada Victoria Beckham tu. Kalau korang semua nak tahu, mereka dalam perancangan nak buat ‘reunion’.
MH difahamkam sebelum ini, ada rancangan untuk reunion kumpulan tersebut namun tidak menjadi apabila Victoria menolak untuk menyertainya.
Bagaimanapun, para peminat boleh menarik nafas lega apabila akhirnya kali ini Victoria bersetuju untuk join ‘reunion’ tersebut.
Menurut laporan portal The Sun, pengasas rancangan Pop Idol, Simon Fuller memaklumkan, Victoria telah pun memberikan persetujuan untuk menyertai reunion yang dirancang akan menjadi selewat-lewatnya awal tahun hadapan dengan beberapa syarat.
“Victoria tidak mahu menyumbangkan suaranya dalam nyanyian solo, dan saya beritahunya, tidak mengapa. Jika dia tidak mahu menyanyi, dia tidak perlu menyanyi.
“Yang penting, akhirnya reunion ini dapat dilaksanakan,” kata Fuller.
Dalam pada itu, MH dapat tahu bahawa antara sebab Victoria bersetuju adalah kerana memerlukan wang demi menyelamatkan perniagaannya.
Tahun lalu, label fesyen Victoria Beckham dilaporkan mengalami kerugian 8.4 juta pound (RM46 juta), biarpun selepas pembabitan suaminya dalam kempen jenama itu.
Untuk reunion ini, lima anggota Spice Girls iaitu Emma Bunton, Geri Horner, Melanie Brown, Melanie Chisolm dan Victoria Beckham, akan dibayar 10 juta pound (RM55 juta) setiap seorang.
Bagi MH, tidak kisahlah apa pun sebab Victoria join ‘reunion’ kali ini asalkan peminat dapat lepas rindu untuk lihat semua ahli Spice Girls ada di atas pentas.
Spice Girls yang pernah kumpulan wanita terhangat di dunia sudah menerbitkan tiga buah album dengan jualan melebihi 80 juta unit di seluruh dunia, kali terakhir muncul bersama pada tahun 2012.
Sumber: The Sun