Memilih tarikh 28 Februari 2020, pelakon Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Berkongsi detik indah bersama menerusi Instagram, Tasha baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto bersama Atiq ketika menghadiri kursus kahwin.
“Kerana Allah, aku dan dirimu dipertemukan, kerana Allah, hadirnya dirimu dalam hidupku sungguh menyenangkan.
“Kerana Allah, dua hati menjadi satu dalam agamaMu, Allah Allah Allah, Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.
Foto tersebut melihatkan kedua-dua pasangan sama cantik, sama padan ini mengenakan baju sedondon bertemakan warna hitam.
Terdahulu, majlis resepsi yang bertemakan Melayu Tradisional diraikan meriah yang bertempat di The Great Hall, Zebra Square.
Tasha dan Atiq, masing-masing berusia 33 tahun, tampil mempesona bak mempelai diraja, menggayakan busana kuning emas tradisional melayu klasik.
Foto: Instagram Tasha Shilla
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI