Pelakon dan hos, Lisa Surihan mengisi masa di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasa di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.
Lalu, sebagai menyahut cabaran #dudukrumahchallenge, bintang filem Ular itu dilihat turut mengisi masa dengan membaca atat suci suci al-Quran.
Jelas bintang berusia 34 tahun itu, ahli keluarga dan rakan-rakan turut memberikan galakan meski baginya, bacaan yang dialunkan belum cukup sempurna.
“#dudukrumahchallenge kerana bacaan ku tk sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan. “Daripada tk buat langsung, Lisa?”
“Moga istiqomah. Dgn doa, Ya Allah, rahmatilah kami dgn Al-Quran, Jadikan lah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui.
“Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam,” tulisnya pada entri yang memperlihatkan permata hati turut setia berada di sisi.
Menerusi ruangan komen, para peminat menitipkan rasa syukur dan mendoakan kesejahteraan Lisa sekeluarga.
Malah tidak kurang yang menyifatkan aktiviti murni yang dilakukan Lisa boleh memberi manfaat serta inspirasi kepada ramai.
Foto: Instagram Lisa Surihani