Untungnya pelajar ini dapat call dari Chanyeol dan Suho EXO!

Wow! kan best kalau masa tengah takde mood nak belajar tiba-tiba Idol kesayangan kita call dan bagi kata-kata semangat?

Mesti lepas tu perasaan nak study tu membuak-buak kan?

Kerana Hilang Semangat Untuk Belajar, Chanyeol dan Suho EXO Telefon Pelajar Beri Semangat!

Seorang pelajar Korea Selatan, Seo-hyun bertuah apabila dia mendapat panggilan telefon daripada ahli kumpulan kesayangannya EXO, Chanyeol dan Suho baru-baru ini.

IKLAN

Seo-hyun yang ditemani oleh hos All Broadcast of The World, Henry Super Junior- M ke sekolah tutor mengadu bahawa dia tiada semangat untuk belajar.

Risau dengan masa depan gadis muda itu, Henry mengambil keputusan untuk mendapatkan ‘back-up’ dengan menelefon Chanyeol dari kumpulan EXO.

IKLAN

Kegembiraan, pelajar itu sendiri terkejut apabila dapat berbual dengan penyanyi tersebut secara ekslusif!

“Saya hanya dapat ke konsert oppa sebanyak empat kali sahaja,” adunya pada Chanyeol.

Mujurlah, penyanyi itu bijak memujuk Seo-hyun dan meminta agar dia belajar bersungguh-sungguh.

IKLAN

Tidak cukup dengan itu, semasa berbual dengan Chanyeol, ketua kumpulan EXO.

Kerana Hilang Semangat Untuk Belajar, Chanyeol dan Suho EXO Telefon Pelajar Beri Semangat!

Dalam masa yang sama Suho juga membuat panggilan video bersama Henry dan turut memberikan kata-kata perangsang buat Seo-hyun.

Peminat tersebut terkejut sampai tak boleh bertentang mata dengan Suho. Hebat juga ya penangan Idol pada pelajar-pelajar di Korea Selatan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI