“Kerana Kau Yang Tak Jujur, Orang Lain Kena,” – Wanita Bersalin Bergejala Covid-19 Risikokan Kakitangan Hospital, Iesya Toh Berang

Share

Tular di laman sosial apabila Hospital Pantai Laguna Merbok terpaksa menutup operasi gara-gara seorang pesakitnya dikenali pasti mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19).

Jelas Iesya Toh menerusi laman Instagram miliknya, pesakit tersebut tidak memberikan maklumat penuh semasa proses pemeriksaan, namun dia hanya mendedahkan pernah tinggal bersama ahli keluarga yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dan diuji positif untuk Covid-19 selepas melahirkan anak.

“STAF HOSPITAL PANTAI LAGUNA MERBOK BERISIKO DIJANGKITI COVID-19 SELEPAS SEORG WANITA YG BARU MELAHIRKAN BABY MENUNJUKKAN TANDA2 COVID-19..!!!!!! .

“Selepas tu baru wanita tadi memberitahu bahawa dia sebumbung dgn peserta TABLIGH!! Ini yg diminta oleh KKM, JUJUR MEMBERITAHU SEJARAH & CONTACT! .

“Kerana KAU YG TAK JUJUR, ORG LAIN KENA!!!🤬🤬🤬🤬🤬🤬🤬🤬🤬🤬 faham x?????!!!!!!!!!!!

“Seriously, tak boleh terima laa org mcmni! Kesiannya laaa staff yg sambut baby kau! Yg bantu Kau melahirkan! Kau tak jujur!!!!! Sumpah aku tak boleh terima!!!! Kau kejam!!!!!!!,” luahnya.

Menurut laporan, pesakit itu kini dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Susulan itu hospital berkenaan akan ditutup sementara bagi proses pembersihan dan pembasmian kuman dan kesemua kakitangan yang bersentuhan dengan pesakit sudah dikenal pasti dan mereka di kuarantin serta diuji negatif bagi Covid-19.

Foto : Instagram Iesya Toh

Published by
Noraini Abd Wahab