Categories: Berita

“Kerana Lelaki Ciptaan Allah Yang Sering Berubah Ubah Hatinya,” – Betty Banafe Cerita Fasal Setia

Share

Mengulas isu setia seorang lelaki, pelakon Betty Banafe dari sudut pandangannya merasakan, tiada istilah setia bagi seorang lelaki.

Maklumnya lagi, fitrah lelaki dan wanita itu hakikatnya sangat berbeza.

Lalu atas sebab itulah, ibu tunggal ini menasihati wanita di luar agar mencari lelaki yang berakhlak dan bertanggungjawab untuk dijadikan suami.

Setiakah seorang lelaki? Apa kata wanita? Lanjutan boleh ditonton di tonton.com, dalam wanita hari ini, Isnin 12pm. 13 january 2020.

“What can i say they are no such things like SETIA on man. Fitrah lelaki langsung tidak sama dengan wanita. Carilah lelaki yang berakhlak dan bertanggungjawab.

"Keikhlasan adalah fondemental perhubungan. Kalau nak sayang., letak Allah dulu baru dia. Kerana lelaki ciptaan Allah yang sering berubah ubah hatinya.

“Teras hubungan yang berpanjangan adalah saling memaafi, memahami pemikiran masing masing, menghormati pandangan dan bertoleransi.
Love Betty Banafe,” ulasnya.

Kenyataannya mendapat reaksi daripada netizen dan ada yang bersetuju dengan pandangan yang diutarakan.

Berkongsi kisah hidupnya pula, Betty dan Bruce Dargus mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 dan bercerai 10 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 6, dan Bruce Dean Dargus, 4.

Foto : Instagram Betty Banafe

Published by
Noraini Abd Wahab