Pengacara, Roslan Shah ada memberikan peringatan buat seluruh masyarakat muslim agar sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam walaupun diri sering kali dihimpit dengan pelbagai dugaan dan masalah.

Jelas Roslan, individu yang sanggup meninggalkan Islam semata-mata kerana manusia lain ini boleh disifatkan sebagai satu tindakan yang sangat kurang bijak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by roslanshah (@realroslanshah)

“Walau jahat bagaimanapun kita tetap ISLAM. Kerana manusia kita nak buang ISLAM. Itulah manusia yang paling Bodoh dan di hina lagi dari Allah. Karma tak cepat atau lambat Allah kasi,” tulisnya.

“Kerana Manusia Kita Nak Buang Islam, Itulah Manusia Yang Paling Bodoh & Dihina…,” – Roslan Shah “Kerana Manusia Kita Nak Buang Islam, Itulah Manusia Yang Paling Bodoh & Dihina…,” – Roslan Shah

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Roslan menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.

Ads

Katanya lagi, segala tindak tanduk kita di atas muka bumi ini pasti akan mendapat pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada cepat mahupun lambat.

“Kerana Manusia Kita Nak Buang Islam, Itulah Manusia Yang Paling Bodoh & Dihina…,” – Roslan Shah “Kerana Manusia Kita Nak Buang Islam, Itulah Manusia Yang Paling Bodoh & Dihina…,” – Roslan Shah

Malah, Roslan turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mendoakan yang terbaik buat orang-orang di sekeliling kita agar mereka sentiasa diberikan kekuatan untuk menempuh apa sahaja cabaran yang mendatang.

Ads

“Jangan fikirkan paling orang lain. Dari atas Allah boleh jatuhkan kita sampai ke bawah kita tidak tahu nanti. Please jangan buang ISLAM. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka dan Diri kita sendiri ya.

Dalam pada itu, Roslan turut berharap agar kita semua tidak mudah terpedaya dengan hasutan syaitan yang sememangnya mempunyai niat untuk memecah belahkan masyarakat Islam.

“Kerana Manusia Kita Nak Buang Islam, Itulah Manusia Yang Paling Bodoh & Dihina…,” – Roslan Shah

Ads

“Jauhkanlah syaitan iblis menghasut kita suruh tinggalkan ISLAM ya. Amin..Kita kena ada pendirian kita sebagai orang Islam bukan kerana orang atau pun sesiapa Saja.

“Takut nanti diri kita boleh memakan diri sendiri dan Allah kasi karma kepada kita …Auzubillahminzalik….,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa yang sama selain turut menyifatkan Islam sebagai agama yang sangat indah.

“Kerana Manusia Kita Nak Buang Islam, Itulah Manusia Yang Paling Bodoh & Dihina…,” – Roslan Shah “Kerana Manusia Kita Nak Buang Islam, Itulah Manusia Yang Paling Bodoh & Dihina…,” – Roslan Shah

Sumber: Instagram Roslan Shah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI