“Kerana Rambut Ni, Kita Tidur Duduk!,” – Haiza Cerita Kisah 25 Tahun Dulu, Cikgu Beri Cuti 1 Minggu Promosi Album Lepas Habis PMR

Share

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza ada merakam memori indah ketika di awal penglibatannya dalam dunia seni lebih 25 tahun lalu.

Menerusi Instgaram, Haiza atau nama sebenarnya, Norhaizah Nordin berkongsi sekeping foto ‘pin-up’ lirik single sulungnya, Dag Dig Dung menerusi majalah Media Hiburan.

Sambil berkongsi kenangan, Haiza turut mendedahkan dia terpaksa tidur dalam posisi duduk kerana stail rambut yang digayakan pada ketika itu.

“Dulu fesyen rambut sis @ningdalton jadi inspirasi. Haiza keluar, rambut kena sesuatu.

“Kerana rambut ni, kita tido duduk ye. Kak Nurul datang hotel buat malam tu, esoknya nak fotoshoot. Buat awal supaya press tak tunggu lama,” tulisnya.

Haiza turut memberikan dedikasi kepada beberapa individu yang bertanggungjawab menguruskannya pada sesi tersebut.

“Gambar 1996 pin up poster @mediahiburanofficial. Lokasi Wenworth Hotel (bulatan kg pandan).

“Ni salah satu keje yang kena buat masa promosi album Dag Dig Dug. Cikgu kasi cuti seminggu pegi promo album lepas abis PMR. Yehaaaa.

“Makeup n hairdo,the one and only @nurulshukor_official. Orang kuat, PR Polygram Record @cikmil

“Al-Fatihah buat Abg Lan. Pencipta lagu dan penerbit album saya,” tulisnya lagi.

Selain Dag Dig Dug, Haiza turut sinonim menerusi beberapa single lainnya seperti Yang Nombor Satu dan Jeling Menjeling.

Foto: Instagram Haiza

Published by
MH