Penyanyi dan cef selebriti menzahirkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang gemar mempersoalkan mengenai rupa bentuk dan fizikal orang lain.

Menurut Fazley, dia juga sering kali berhadapan dengan situasi sama dan paling menyedihkan teguran tersebut keluar daripada mulut orang dewasa.

“Kurus salah, Gemuk pun salah? Macam-macam dah bentuk #Bodyshaming saya pernah kena. Tukang body shamingnya? makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kaka, abang-abang basically hampir semua lapisan masyarakat ada yang jenis mulut takde insurance! Hahaha

“Dulu masa saya badan sekeping (Saya jogging 10km per day) orang cakap ‘kau sakit ke bro?’. Ada jugak di kalangan rakan-rakan Chef yang tegur ‘Kau kurus sangat bhai, orang tak makan food yang chef kurus masak! Kan mat salleh cakap, ‘Dont trust a skinny Chef!’’ Macam-macam kan?,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu bila April itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Kerap Jadi Mangsa Body Shaming, Datuk Fazley Yaakob Selar ‘Mulut-Mulut Lahan*t’

Ads

Katanya lagi, perkara tersebut masih lagi terjadi sehingga hari ini meskipun sudah meluangkan banyak masa melakukan aktiviti-aktiviti senaman.

“Now saya cuba besarkan badan sikit, saya ke gym enam kali seminggu, join muay thai empat kali seminggu dan badminton tiga kali seminggu. Itu pun ada jugak mulut-mulut lahanat yang cakap ‘gemok gila kau sekarang eh? Taknak diet ke?’

“Penat la woi asyik kena sound je! Hahaha suka hati aku lah, nak gemuk ke nak kurus ke nak ada muscle ke!,” kongsinya lagi.

Kerap Jadi Mangsa Body Shaming, Datuk Fazley Yaakob Selar ‘Mulut-Mulut Lahan*t’

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut meminta Fazley supaya mengabaikan komen-komen negatif tersebut.

“Prove to them abang.

“Betapa orang tak tahu usaha menjaga makan, buat aktiviti fizikal tetapi sukar untuk dapatkan size asian ini.

Ads

“Sejenis mulut puaka. Kurus salah, gemuk pun salah.

“You look good in whatever shape,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, menerusi hantaran yang sama, Fazley turut berkongsi video yang memaparkan rutin senamannya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI