Aduh ingatkan isu ini sudah semakin reda, rupa-rupanya lagi hangat diperkatakan.
Jika sebelum ini baik dari pihak keluarga Elfira Loy mahupun Sufian Suhaimi meminta media untuk berhenti bertanya lagi soal putus tunang yang terjadi di antara kedua selebriti ini namun sehingga kini, masih ada sahaja cerita-cerita yang kami dengar.
Jika sebelum ini MH pernah laporkan tentang selisih faham antara Elfira bersama peminatnya di Twitter gara-gara tweet ibunya di Instagram.
Hari ini, MH diberitahu ibu Elfira, Filzah Yusoff telah mengeluarkan lagi kenyataan mempersoalkan sikap seorang individu yang suka menipu.
“Seseorang yang sudah biasa berbohong baik dalam ucapan maupun tindakan pada hakikatnya sedang menjerumuskan dirinya dalam kehinaan. Dia sedang menambah catatan amal buruknya yang kelak harus DIPERTANGUNGJAWABKAN.
“Berupayalah untuk menghindari kebohongan seremeh apapun berlaku jujur baik dalam ucapan dan tindakan bertapapun pahitnya yakinlah kejujuran akan lebih di hargai dan mendapat tempat di hati orang lain dari kebohongan (HR. Bukhari).
“Dari hari pertama menipu sampailah hujung tanduk pun masih menipu bila nak berubah? Seseorang yang sudah biasa berbohong baik dalam ucapan mahupun tindakan hakikatnya sedang menjerumuskan diri ke lembah kehinaan” tulisnya
Sejak semalam, ibu kepada pelakon ini dikatakan aktif membuat posting seperti meluahkan sesuatu yang terbuku lama dalam hatinya.
Namun adakah ia ada kena mengena itu hanya tuan punya badan dapat mengesahkan.
Tetapi posting-postingnya yang berkaitan wang hantaran, memerli tentang simpanan, berkongsi cerita bersama media dan sebagainya membuatkan netizen dapat menghidu siapakah individu yang dimaksudkan.
Sehingga kini, ramai yang mengecam dan tidak bersetuju dengan cara Filza berkongsi perasaannya ini secara terbuka. Malah, ada di antara mereka yang mula rasa ‘takut’ dengan tindakan ibu Elfira yang kononnya dikatakan ‘menjaja’ cerita bekas tunang anaknya.
Hmmmm, bagi MH perkara seperti ini memang rumit. Namun MH tidak nafikan, sebagai seorang ibu pasti dia juga ada perasaan sama seperti orang lain. Malah mungkin perasaannya lebih mendalam. Ada kemungkinan ibu Elfira terlalu penat berdiam diri, tetapi mungkin kerana banyak sangat spekulasi yang timbul , dia ingin menjelaskan secara halus apa yang terjadi agar orang ramai tidak membuat andaian sendiri.