
Usahawan sensasi Liana Rosli mencuri perhatian ramai apabila difahamkan telah membeli sebuah kereta mewah terbaharu jenis Range Rover.
Menerusi ruangan kapsyen di Instagram, ibu kepada empat cahaya mata itu secara seloroh menjelaskan kereta itu untuk kegunaannya pergi ke gimnasium.
“Peeweiittttttt….. kereta mama nak pi gym,” tulisnya Liana atau lebih mesra disapa Kak KM menerusi ruangan kapsyen.
Malah, Kak KM turut berkongsi momen video sewaktu mengambil kereta baharu tersebut untuk tatapan para pengikutnya.
“Alhamdulillah, ‘budak jahat’ dah keluar,” titipnya lagi.
Menerusi perkongsian sama, anak kepada dramatis senior, Normah Damanhuri itu turut memilih nombor pendaftaran KAK 177 untuk kereta baharunya itu.
Sebelum ini pada November lalu, Kak KM turut memiliki sebuah kereta jenis Mercedes-Benz baru bertujuan ke hospital untuk bersalin anak keempatnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tahu Ramai Yang Marah,” – Syafie Naswip Luah Setiap Insan Ingin Kembali Ke Pangkal

Di kala netizen sedang memberi pelbagai reaksi mengenai kontroversi telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi meski masih belum pun ditayangkan, Syafie Naswip yang menjadi teraju utama ada meluahkan cabaran beraksi sebagai individu ‘dua alam’ dalam drama tersebut.
Menerusi Instagram, perkongsian video dirinya yang mendukung sebagai Hamid sedang mengalirkan air mata menerusi watak Hamid cukup meruntun rasa.
“Sebenarnya watak ini sangat mencabar kewibawaan saya sebagai seorang pelakon,
But im glad dengan support daripada semua aktor/tenaga kerja especially my director Kak Eyra Rahman.
“Im not sure samada saya benar-benar menepati kehendak watak itu atau tidak,
Tp saya cuba menempatkan dan meletakkan emosi dan rasa itu di titik tengah,” ulasnya.
Akur akan emosi netizen yang enggan drama ini ditayangkan, namun dia memohon agar diberikan ruang.
“Saya tahu ramai yang marah akan kehendak cerita seperti ini ditayangkan di TV. Tetapi berilah ruang pada HAMiD untuk meluahkan apa yang dia rasa sejak dulu.
“Setiap insan ingin kembali ke fasa lebih baik. #demituhanakubersaksi Dan ini cerita HAMID, Dengarkan dan Fahamilah.
Coming Soon (Date Belum Tahu)
Di RTM,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on
Rata-rata netizen memuji keberanian pelakon Mukhsin memainkan peranan mencabar itu.
Foto : Instagram Syafie Naswip
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Penyingkiran Minggu Kelima GV6, “Ia Bukan Tugas Kami,” – Tok Ram Nyatakan Pendirian

“Ia bukan tugas kami (tiada penyingkiran atau sebaliknya), kami pihak juri hanya ditugaskan untuk memberi markah.” Itu kata ketua juri program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Datuk Ramli MS ketika ditanya pendiriannya apabila tiada peserta yang tersingkir pada minggu kelima konsert yang bersiaran malam tadi.
Jelasnya lagi, setiap keputusan yang dibuat berkaitan hal berkenaan adalah terletak atas pihak Astro.
“Kalau kamu kata bersetuju untuk adanya penyingkiran, maknanya peserta yang menduduki ranking paling bawah akan terkeluarlah.
“Apa pun setiap keputusan sama ada ada penyingkiran atau sebaliknya adalah di bawah pihak Astro,” katanya selepas ditanya sama ada kesemua peserta minggu ini selayaknya diselamatkan minggu ini atau sebaliknya.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Emarina Mohd Kamal menjelaskan pihaknya memang sudah merancang untuk tidak melakukan sebarang penyingkiran pada minggu kelima konsert.
“Memang sudah dirancang, tiada penyingkiran untuk konsert kelima. Kalau nak diikutkan, sekarang ada 10 peserta bertanding, ada minggu ‘yang lebih’ untuk siri konsert seterusnya.
“Jadi kalau ada penyingkiran yang banyak, ia akan menjadi pendek dari sudut ‘content’. Itu adalah antara strategi kami untuk mengekalkan ‘content’ dalam GV kali ini.
“Bagaimanapun ada kemungkinan peserta akan disingkirkan dua sekali gus selepas ini. Apa pun sudah tentu ia akan melalui proses perbincangan bersama pihak juri dan produksi.
“Lazimnya, selepas selesai konsert kami akan berbincang sama ada untuk singkirkan satu atau dua peserta yang mempunyai markah paling rendah,” terang Emarina.
Terdahulu, konsert kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam menyaksikan Nurfatimah mengumpul markah paling rendah di kalangan para peserta lainnya dengan mengumpul markah sebanyak 50 peratus.
Bintang itu menyampaikan lagu Can’t Fight the Moonlight yang dipopularkan oleh LeAnn Rimes.
Kesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam pula tampil sebagai juri jemputan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kereta Dipercayai Milik Pengarah & Pelakon ‘Mentega Terbang’ Kena Simbah Cat & Asid, Terselit Nota ‘Lu Dengan Family Mesti Mati!!’

Menerusi sebuah ciapan di laman Twitter pada Khamis, seorang individu yang menggunakan akaun @amerhadiazmi memuat naik hantaran yang memaparkan kenderaan dipercayai milik pengarah dan pelakon filem kontroversi, Mentega Terbang yang didakwa telah disimbah asid dan cat merah.
Menerusi insiden sama, turut dikongsikan ialah beberapa keping nota ugutan bunuh yang sekaligus tular di media sosial.
Paint and acid thrown on Mentega Terbang director and actor's cars by assailants who also left death threats against them and family. pic.twitter.com/dvK0y4hWvf
— Hadi Azmi (@amerhadiazmi) March 16, 2023
“Paint and acid thrown on Mentega Terbang director and actor’s cars by assailants who also left death threats against them and family,” tulisnya pada ciapan terbabit.
Perkongsian tersebut sekali gus mendapat respon daripada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang mengecam tindakan tersebut.
Saya kecam sekeras2nya ugutan2 ini serta sebarang tindakan di luar batas undang2.
Rakyat Malaysia mesti patuh undang2, jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa.
Follow the law, don’t take matters into your own hands. https://t.co/8gmq4ZZyoJ
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) March 16, 2023
“Saya kecam sekeras-kerasnya ugutan-ugutan ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang.
“Rakyat Malaysia mesti patuh undang-undang, jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa.
‘Ikut undang-undang, jangan ambil tindakan sendiri,” tegas beliau.
Malah pelbagai reaksi turut dikongsi wargamaya susulan insiden yang berlaku.
Terdahulu pada awal bulan ini, tular di media sosial mengenai naskhah berkenaan yang didakwa mempromosikan pluralisme kerana terdapat unsur-unsur bertentangan dengan agama Islam sehingga mencetuskan perdebatan hebat ramai pihak.
Difahamkan pihak produksi dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut memaklumkan bahawa platform penstriman Viu telah menghentikan tayangan filem tersebut pada 27 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI