Usahawan yang kini bergelar penyanyi, Safiey Illias ada berkongsi keadaan terkini salah satu kereta mewahnya iaitu BMW i8 yang sedang dibaiki di bengkel kereta selepas terlibat kemalangan Disember tahun lalu.
Malah penyanyi Syinta Gila itu turut berhasrat untuk menukar warna cat asal rona biru muda kereta berkenaan kepada rose gold.
“Rindu . Lepasni nk tukar warna rose gold lak. Alhamdulillah. Pinjaman Allah hasil berniaga pada tahun 2016,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsiannya untuk tukar warna cat turut mendapat reaksi netizen apabila ada yang mendakwa, pilihan rona tersebut tak berapa tepat kerana bukan ‘warna lelaki’.
Namun jawabnya, Tiada dalam al-Quran yang menyatakan warna yang tersebut dikhususkan buat lelaki atau wanita.
Pada masa sama, Safiey turut berkongsi keadaan keretanya itu di IG TV, baru-baru ini.
“Tiga bulan baru dapat jumpa. Semua fungsi butang lupa,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Terdahulu pada 28 Disember lalu, kenderaan berkenaan terpaksa di hantar ke bengkel selepas sebahagian depannya remuk akibat kemalangan.
Pendedahan tersebut dikongsikan Safiey menerusi Instagram ketika itu yang turut memaklumkan musibah yang berlaku adalah balasan dariNya kerana berhasrat mahu memotong kemaluan.
Foto: Instagram Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI