Tya Arifin Cerita Ibu Pernah Ditipu Ahli Politik Sampai Terbeban Hutang, Berlaku Ketika Dia Masih Sekolah

Share

Usahawan selebriti dan pelakon asal Indonesia, Tya Arifin mendakwa ibunya sebelum ini pernah ditipu seorang ahli politik sehingga mengakibatkan keluarga mereka berdepan masalah kewangan.

Tya atau nama sebenar, Nurtria Wulandari Arifin, 28, berkata, insiden yang berlaku ketika dia masih bersekolah itu sangat memberikan kesan apabila ibunya kehilangan segala harta dalam sekelip mata.

“Kami hilang kereta, rumah dan tanah hasil titik peluh selepas ibu ditipu seorang ahli politik di Palembang, Indonesia.

“Lebih perit apabila ibu menurunkan tandatangan pada dokumen sehingga menyebabkan ibu juga terpaksa menanggung beban hutang,” katanya kepada MH.

Tya ditemui pada majlis sidang media program bual bicara, Next to Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil baru-baru ini.

Menurut Tya, keseluruhan kisah ‘tragis’ melibatkan keluarganya itu bakal diceritakan menerusi program tersebut yang akan bersiaran bermula 22 Oktober ini di saluran Astro Ria, jam 10 malam.

Selain Tya, antara tetamu lain yang bakal berkongsi kisah hidup mereka dalam rancangan tersebut seperti Datin Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah Liyana, Ziana Zain dan ibu Neelofa sendiri iaitu Datin Noor Kartini Mohamed Noor.

Pengasas jamu Mutyara ini berkata dia teruja dipilih sebagai salah seorang tetamu dan berterima kasih di atas sokongan yang telah diterimanya sepanjang menetap di Malaysia sejak mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid.

Artikel Berkaitan;

Video Atas Katil? Tya Arifin Nafi Taktik ‘Marketing’; “Saya Faham Mungkin Niat Dia Tak Jahat Tapi…”

“Kalau Bukan Diri Saya, Memang Tak Kan Buat,” – Isu ‘Founder’ Viral, Menurut Tya Arifin…

“Saya gembira dengan perkembangan perniagaan jamu Mutyara dan terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar