“Kerja Dekat Hot FM Ni Lain, Diorang Jaga You Kaw-Kaw,” – Keputusan Dah Dibuat Lama, Siti Sarah Anggap Ini Hari Sukar Buat Shuib

Share

Penyanyi, Siti Sarah mendedahkan hari ini merupakan detik yang amat sukar buat suaminya yang juga merupakan pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu selepas mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio, Hot FM awal pagi tadi.

Menurut Sarah, keputusan tersebut sememangnya amat berat untuk dibuat terutamanya setelah hampir dua tahun menabur bakti bersama stesen radio berkenaan.

 “I tahu hari ini adalah hari yang paling berat untuk you daddy. Lama you fikir nak buat keputusan ni. Yelah dua tahun kat Hot FM and semua kat radio tu you dah anggap macam famili.

“Ingat lagi masa you bincang pasal tinggalkan Hot FM, you sangat sangat sedih sebab you really love @hotfm and sangat happy kerja kat sana,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi lagu, Semakin ini turut memaklumkan keputusan tersebut merupakan salah satu bentuk pengorbanan yang dibuat oleh Shuib demi masa depan diri dan juga keluarganya.

“Sampaikan you pernah cakap kerja kat Hot Fm ni lain. Diorang jaga u kaw kaw, respect semua pekerja dan kerja hot yang paling you happy.

“Tapi i faham bila you cakap hidup ini kita kena berkorban bila nak buat sesuatu yang lebih besar for future,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sarah turut memberi tahu, dia akan menyokong sepenuhnya apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Shuib demi kebaikkan dan masa depan keluarganya.

“I just nak cakap apapun keputusan u, I akan tetap ada dan sentiasa ada di belakang.

“Sarah doakan bisnes kita akan terus berjaya dan bantu lebih ramai rakyat Malaysia yang sekarang ni sedang berjuang untuk cari peluang kerja,” akhirinya.

Terdahulu difahamkan, antara sebab mengapa Shuib mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio berkenaan adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang perniagaan.

Sumber: Instagram Siti Sarah

Published by
Aizam Manaf