“Untuk penjelasan itu, biarlah saya simpan hal peribadi saya. Saya berterima kasih sangat kalau perkara itu difahami.”
Demikian respon pelakon, Rusli Ramli bila ditanya mengenai spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan sedang bergolak.
Menurut Rusdi, walaupun ramai menganggap selebriti adalah milik masyarakat, namun, dia tidak pernah berpegang dengan norma tersebut.
“Kalau dulu, kita ini sering kali ditanam bahawa artis ini adalah hak masyarakat. Namun, sejak awal kemunculan saya di dalam industri, saya tidak pernah percaya dan berpegang kepada perkara itu.
“Pada saya, bagi setiap pelakon atau artis, hanya kerja-kerja mereka sahaja yang menjadi hak masyarakat.
“Namun, hal peribadi tetap milik artis itu sendiri. Tidak adil la kalau kami tiada privasi. Kami pun manusia biasa juga,” katanya kepada MH.
Ads
Anak kepada pelakon veteran Norlia Ghani itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama Framed, baru-baru ini.
Katanya lagi, hal peribadi tidak sepatutnya dicampurkan dalam kerjaya seseorang anak seni.
“Ambil sahaja contoh dalam bidang lain seperti arkitek. Jika bangunan yang mereka bina itu runtuh, mana ada orang tanya ‘Siapa bini dia? Sebab itulah bangunan ini runtuh’.
Ads
“Tak pernah orang tanya sebegitu. Jadi, kenapa tak buat kami begitu juga? Kalau kerja kami buruk, hentam sahajalah. Kalau hal peribadi, biarlah kami yang punya.
“Kalau tidak, tiada apa lagi yang kami punya,” ujarnya lagi.
Ads
Bagaimanapun, Rusdi menghormati pilihan dan keputusan setiap individu yang selesa untuk menghebahkan mengenai kehidupan peribadi dan rumah tangga mereka.
“Saya percaya, bila kita terlalu terbuka sampai hal peribadi pun nak diceritakan kepada umum, akhirnya nanti, ia bukan sahaja tak menguntungkan tapi akan memudaratkan banyak pihak.
Kenapa kita nak buat perkara seperti itu sedangkan kita boleh elak? Bagi sesetengah orang, mereka tidak kisah. Mungkin mereka suka kisah mereka keluar hari-hari.
“Pada saya, lebih baik saya diam daripada bercerita perkara yang tiada. Saya datang hari ini pun hanya sebab promosi drama. Kalau ada temu ramah pun, ia melibatkan hal kerja,” katanya lagi.
Terbaru, Rusdi membintangi drama bersiri Framed arahan Sein Qudsi yang turut menampilkan lakonan Meerqeen, Mimi Lana, Sangeeta Krishnasamy, Riz Amin, Khir Rahman dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, pelakon Datin Almy Nadia ada berkongsi momen suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang sedang melayan anak-anak sambil berkongsi kapsyen yang cukup menghiburkan di Instagram.
Almy ada berkongsi perangai si suami saat mereka sedang jalin hubungan cinta tidak lama dulu.
Malah kongsinya lagi, Fizz kini tidak dapat lari dengan gelagat anak kedua mereka, Nur Afrina Aurora yang manja dan sentiasa mahu ‘berkepit’ bersama.
“Dulu masa zaman bercinta, dia paling tak suka, paling benci gf dia asyik berkepit atau call 24jam. Nak jadikan cerita tu laa kann, skrg anak dia yg no 2 ni, suka sgt sgt berkepit dgn dia 24jam, tdo berkepit, g toilet ikut, mkn ikut mana sj mesti ada ngan papa dia, naik rimas mama.
“Nakk dapat anak yg kaki berkepit ngan dia padan muka.. x suka sgt kann dulu, skrg hambikkkkkk… yg lagi aku hangin si papa dia buat mcm tak ada mslh anak beranak dok bergaduh depan dia,” tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat terhibur sekali gus mendoakan agar keluarga ini hidup harmoni bahagia.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 1 tahun.
Berkongsi detik-detik istimewa ketika berbulan madu di Korea pada 2016, Idzham Ismail menerusi entri terbaru menitipkan kata-kata istimewa buat isteri, Siti Nur Abilah.
Tulisnya, terlalu banyak liku yang terpaksa dihadapi si isteri, namun wanita itu tetap tabah dan sentiasa berada di sisi. Malah kedua-duanya pernah berjanji untuk sehidup semati.
“Sayang. Dah 3 tahun usia perkahwinan kita, tak sangka terlalu banyak liku liku yang kita dah hadap terutaman sayang.
“Kita pernah janji untuk sehidup semati kan sayang semasa honeymoon kita di Korea 2016, jangan mengalah dengan dugaan, jangan leka dengan kelebihan.
“Sentiasa ingat Allah yang izinkan untuk kita dapat semua ni dan dari dia juga kuasa untuk tarik semua sekali.
“Bersyukur B dapat isteri yang tahan dengan semua ni terutama suamimu yang baru sedar dari lamunan. Banyak tahun lagi kita untuk adventure, kita terima dengan tangan terbuka ye sayang.
Penyanyi Ayda Jebat memohon agar ‘lockdown’ atau mengetatkan lagi kawalan pergerakan dikuat kuasakan berikutan kes jangkitan pandemik Covid-19 di negara kian meningkat sejak kebelakangan ini.
Jelasnya menerusi satu hantaran terkini di Instagram, kes jangkitan boleh meningkat sekiranya Standard Operating Procedures (SOP) tidak diperketatkan kerana masing-masing akan keluar untuk bekerja dan sebagainya.
Justeru penyanyi Mata ini turut bertanya hal sama kepada para pengikutnya di platform berkenaan.
“Assalamualaikum. Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan.
“Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, family dan kawan kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya.
“Saya risau. Saya sayang family saya dan semua. Please.. Korang rasa? I’m so sorry. Need to post this. Semoga kita semua dilindungi dari gejala ni,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai peminat. Ada yang bersetuju dan tidak kurang yang turut memberikan pandangan berhubung perkara tersebut.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat respon Ayda.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!