Tuntutan kerja sebagai seorang anak seni kadang kalanya tidak menentu dan ada yang perlu sampai bersengkang mata sehingga ke awal pagi.
Hal ini turut dilalui pelakon Nur Fazura yang baru-baru ini berkongsi cerita dia baharu menghabiskan shooting pada jam 2.30 pagi bersama-sama suami, Fattah Amin.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, turut bersyukur dikurniakan anak yang sangat memahami kesibukan kerja kedua-dua ibu dan bapanya.
“Kisah semalam.. lama tak shoot bersama, 2.30 pagi baru wrapped. Balik rumah.. anak dah tidur.
“Tapi Alhamdulillah, she is such an understanding daughter.. faham mommy dan daddy ‘work work’,” tulis Fazura di ruangan kapsyen menerusi muat naik gambarnya mesra berpegangan tangan dengan Fattah.
Fazura juga sudah merancang untuk membawa anaknya, Nur Fatima Aisya untuk bercuti selepas menyelesaikan segala tuntutan kerjanya terlebih dahulu.
“Soon nak bawa Fatima pergi jalan-jalan. Dia siap tanya pagi tadi, ‘nanti nak pergi mana mommy? Nyamma (Fatima) nak jumpa animals dan nak lollipop,” coret Fazura lagi.
Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah, 33, pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI