“Kerja Sampai Pagi Dibayar RM200,”- Pernah Ditipu Produksi, Man Raja Lawak Dedah Cerita

Share

 

Mencipta nama menerusi program realiti, Raja Lawak Musim Ke-5, Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai Man mendedahkan pernah ‘ditipu’ pihak produksi bagi menjayakan beberapa buah naskah yang dilakonkan.

Kongsinya menerusi Youtube Hashtag Malaysia, dia mengakui bahawa garisan dalam industri hiburan tidak seindah yang disangka kerana ada beberapa sisi hitam yang pernah dilaluinya sepanjang tempoh sembilan tahun. 

Kadang-kadang dalam industri seni ini, kita tak boleh nak agak ketika kita berada di atas, dan apabila kita ‘turun’

“Sekurang-kurangnya saya sedar saya bukanlah jenis seorang yang boros dan saya seorang yang berjimat-cermat jika satu hari nanti saya ‘turun’ dari industri. Jadi, saya ada ‘back-up money’. 

Ramai orang mempersoalkan saya ke mana saya menghilang, sedangkan saya pernah berada diatas dan wajah saya banyak muncul dalam mana-mana drama atau telemovie. Boleh dikatakan ketika itu merupakan zaman kegemilangan saya,” katanya. 

Man.. Juara Raja Lawak Musim Ke-5

Namun, beberapa tahun kemudian, namanya semakin pudar dalam industri hiburan dan kelibatnya di kaca televisyen kurang menyerlah.

Saya ada sahaja di belakang, cuma penampilan saya di depan lensa kamera kurang kerana ramai pelawak yang sedang meningkat naik dan makin maju kedepan,” akurnya yang pernah menerajui drama komedi, Man Pos Masuk Kampung.

Berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup sebagai anak seni, pelawak berusia 42 tahun ini akui bahawa ada beberapa pihak cuba mengambil kesempatan keatas dirinya.

Bila kita dah tak ada ‘job’, kita nak kekalkan kehidupan untuk pelbagai jenis komitmen, saya terpaksa ambil juga.

“Ada juga job yang tak masuk akal harga bayarannya. Kerja sampai pagi hanya dibayar RM200, tapi saya ambil juga, daripada tak ada. Siapa lagi nak beri sedangkan saya pun dah tak ada kerja tetap. Inilah punca rezeki saya

Ada juga tanpa pengetahuan saya, mereka mengadakan set pengambaran di lokasi jauh dengan bayaran hanya RM500. 

“Tapi saya tetap positif dan anggap itu sebagai pengalaman paling berharga,” jujur Man yang pernah menyertai kumpulan Puteh dalam MLM 2019, sekali gus dinobat sebagai juara. 

Video : Youtube Hashtag Malaysia

Published by
Amynur Akmal