Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah memaklumkan bahawa dia akan mengambil langkah menapis permintaan pengikut baharu di akaun media sosial Instagram selepas ini.
Tambahnya lagi, dia sebolehnya enggan untuk menerima permintaan untuk mengikuti (friend request) khususnya lelaki.
“Saya akan tapis request ya. Kalau laki saya tak terima. Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu persatu otot memang kena tunjuk aurat.
“Kalau nak request juga dont judge. Kalau nak ilmu sila follow,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Sehingga kini, entri berkenaan sudah meraih lebih 10,000 tanda suka daripada warganet.
Sebelum ini, adik kepada pelakon dan penyampai radio, Shahrifah Shahirah ini pernah menerima kecaman teruk oleh netizen gara-gara memuat naik foto berpakaian seksi dan mencolok mata di laman maya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Akan Jadi Masalah Untuk Cik B Sebab Awak Akan ‘Perah’ Cik B…,” – Komen Zul Ariffin Sejurus ABC Buat Lawak, Tetap Bagi 5 Star!
Juri tetap program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2), Zul Ariffin ada memberikan komen sejurus kumpulan ABC selepas membuat persembahan dalam minggu kedua saingan.
Katanya, adalah penting bagi sesebuah kumpulan untuk bekerja di dalam satu pasukan dan seterusnya mengharapkan agar Chiwan dan Achok cuba sama-sama saingi persembahan Cik B.
“Sebelum saya bagi bintang, saya nak sampaikan benda yang penting dulu. Bila berada di dalam sesebuah kumpulan, kerjasama sepasukan itu penting sebab kita tidak boleh bagi kita punya mana-mana ahli kumpulan tertinggal.
“Jadi, sekarang ini daripada minggu lepas, Cik B saya tahu tidak boleh dijangka, sangat-sangat kelakar, Cik B perform bagus. Akan tetapi awak berdua kena catch-up,” komen Zul.
Malah bintang Sangkar ini turut menyifatkan andai ia kekal sedemikian, hal tersebut mungkin boleh memberikan masalah kepada kumpulan ABC pada masa depan.
“Sebab terlalu bagi banyak pada Cik B nanti yang lagi dua tercicir. Akan jadi masalah untuk Cik B sebab awak akan ‘perah’ Cik B sampai ke minggu-minggu yang akan datang, akan jadi masalah kepada grup ini.
“So kalau ‘perah-perah’, tidak akan ada apa yang boleh ‘perah’ lagi dah. Jangan jadikan ia sebagai modal semata-mata, bekerjasama,” katanya.
Zul bagaimanapun tidak menafikan lawak ABC merupakan satu persembahan menghiburkan lalu menghadiahkan 5 Star kepada kumpulan berkenaan.
Terdahulu, persembahan lawak yang ditampilkan trio ini nyata mencuri perhatian ramai.
Lebih-lebih lagi apabila Cik B melakonkan watak ibu sendiri, Datuk Seri Vida yang diundang ke sebuah majlis bagi merasmikan sebuah pusat kecantikan.
ABC menerima markah tertinggi iaitu 54.50 peratus dan turut dipilih sebagai penerima Superstar of The Week manakala Jago tersingkir malam tadi.
Jago yang dianggotai oleh Fiza Thomas, Chot XOXO dan Yus School of Lawak dalam ucapan mereka merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak produksi kerana diberi peluang untuk mencuba program berkenaan.
Selain Jago, kumpulan Zuzuzu Gojes juga turut berada dikedudukan terendah.
MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hantaran Kahwin Sudah Ada Dalam Senarai,” – Rancang Nikah Hujung Tahun, Ainul Aishah Baru Sedar Apa Ertinya Darah Manis
Pelakon Ainul Aishah mendedahkan dia dan tunang, Khalid Redzuan merancang untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.
Bagaimanapun, Ainul, 36, menjelaskan dia tidak menolak sekiranya sampai jodoh awal untuk bergelar isteri kepada lelaki pilihannya itu.
“Kami merancang untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun ini. Bagaimanapun berdasarkan situasi semasa, kami kena ‘go with the flow’ sajalah.
“Kalau boleh memang mahu percepatkan. Asalkan majlis itu nanti boleh diraikan oleh insan terdekat dengan kami berdua itu sudah memadai. Kami pun sepakat untuk buat majlis secara sederhana.
“Asalkan perjalanan majlis itu berjalan lancar. Sekarang tengah kumpul duit untuk ke arah itu.
“Sejujurnya Khalid pernah rancang untuk lamar saya tahun lalu. Dia nak buat kejutan pada hari lahir saya pada April. Akan tetapi hasrat tersebut tak kesampaian kepada pandemik,” katanya.
Ditanya mengenai soal persiapan menjelang hari bahagianya pula, Ainul yang pernah muncul dengan single Don’t Worry Honey itu mengakui sudah mengenal pasti beberapa lokasi, termasuk soal hantaran kedua-dua belah pihak.
“Persiapan masih lagi berjalan, bukan mudah sebenarnya. Kalau boleh saya mahu semuanya teratur.
“Setakat ini, tinggal lagi untuk kami pilih lokasi nikah sesuai dan baju perkahwinan. Hantaran kahwin pun sudah ada dalam senarai.
“Alhamdulillah ada juga beberapa pihak yang sudi menaja majlis kami nanti, Insya-Allah,” katanya lagi kepada MH.
Menyifatkan dugaan sebelum dan selepas bertunang itu berbeza, Ainul bersyukur kerana hubungannya bersama Khalid berjalan seperti biasa meski ada ketika mereka berselisih faham di dalam beberapa perkara.
“Kami baru sebulan bertunang, setakat ini tidak ada dugaan yang besar, malah hubungan kami bertambah baik selepas mengikat tali pertunangan.
“Tipulah kalau tidak ada langsung, akan tetapi semuanya okay. Doakan yang baik-baik. Bila diri-sendiri sudah jadi tunangan orang, barulah saya faham apa ertinya itu darah manis.
“Sebab sebelum ini ada rakan-rakan beritahu saya, selepas bertunang mesti akan ada dugaan berbeza. Jadi saya pun alaminya juga tapi ia tidaklah melibatkan hal-hal besar,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ainul baru sahaja selesai penggambaran drama episod, Terlerai Nokhtah untuk tayangan slot Samarinda TV3.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tetamu Lain, Tak Nak Soalan FB,” – Tiada Tapisan & Berani Jawab Caller Netizen, Azrul Zaidi Kongsi Keperibadian Salahuddin Ayub
Negara ketika ini sedang berdukacita diatas pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada jam 9.23 malam tadi.
Pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin nyata memberikan kesan bukan sahaja buat rakan sejawat tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.
Antara yang turut menzahirkan rasa sedih diatas pemergian tokoh politik ini termasuklah pengacara dan pelawak, Azrul Zaidi.
Jelas Azrul, dia pernah menemuramah
Allahyarham Datuk Seri Salahuddin di sebuah progam televisyen dan ternyata arwah seorang yang sangat mudah didekati.
“Aku pernah mengacara sebuah program di RTM iaitu Bicara Pengguna. Rata-rata tetamu program ni adalah YB Menteri. Antara YB Menteri yang sempoi dan mesra ialah Allahyarham DS Salahuddin Ayob.
“Program ni live dan ada caller yang akan call dan juga soalan melalui FB. Sesetengah tetamu akan bagitahu jangan ambil call atau tapis dulu dan tak nak soalan dari FB tetapi tidak buat Allahyarham,” tulisnya.
Kata Azrul lagi, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin merupakan seorang pemimpin yang berani untuk berhadapan dengan apa sahaja pertanyaan daripada masyarakat
“Beliau bagitahu apa saja yang hendak ditanya beliau akan jawap tanpa tapisan dan sebagai seorang pengacara bila dapat tetamu yang sempoi dan berdedikasi maka kita akan tenang dan tak kalut.
“Walaupun hanya sejam bersama namun dapat dilihat ketokohan dan mulianya hati seorang insan yg ikhlas membantu masalah rakyat. Kenangan bersama arwah akan aku simpan sampai bila-bila,” kongsinya lagi.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Jumaat lalu, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada jam 10.15 malam selepas mengalami mual serta muntah-muntah.
Doktor pakar kemudian mengesahkan beliau mengalami pendarahan otak dan selamat menjalani pembedahan serta berada dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor itu ditidurkan dan dipantau rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB sebelum dilaporkan meninggal dunia.
Jenazah Salahuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian pada jam 12.05 tengah hari tadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azrul Zaidi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI