Personaliti TV popular, Aidid Marcello menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-19 tahun bersama bekas pembaca berita, Norzi Pak Wan Chek.
Menurut Aidid, isterinya itu merupakan teman baik yang sentiasa memberikan dorongan dalam apa sahaja perkara yang diceburinya.
“Dia my bestie. Tempat luah macam-macam. Orang yang tak pernah jemu bagi semangat. Penasihat yang agak garang.
“Kalau bagi pandangan, aku kena tahan telinga dan sabar sebab dia akan cakap dengan ikhlas 100% tanpa jaga hati.
“Kalau bagus, baguslah. Kalau tal bagus, dia komen panas dan bagi idea dan jalan penyelesaian,” tulisnya.
Ads
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Remaja itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Aidid turut memanjatkan rasa syukur kerana isterinya itu sanggup meninggalkan kerjayanya dalam bidang penyiaran untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap keluarga.
“5 Mei 2005 aku nikah dengan dia. 5 Mei 2024 alhamdulilah empat orang anak.
“Sekarang semua kerja TV dia dah tinggalkan demi nak tengok dan besarkan anak-anak tersayang. Itulah bini aku yang ku sayangi Norzi Pak Wan Chek,” kongsinya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa kagum dengan perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoha Aidid dan Norzi kekal bahagia hingga ke jannah.
“Selamat ulang tahun perkahwinan. Saya sangat berbesar hati dapat menjadi bridesmate semasa perkahwinan kalian pada 2005,” komen pelakon, Che Puan Juliana Evans.
“Kisah yang sangat indah. Selamat ulang tahun perkahwinan Aidid & Norzie,” komen pelakon, Catriona Ross.
Ads
“Kak Norzie ini antara figura yang saya kagumi. Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga terus bahagia hingga ke syurga Allah,” komen seorang netizen.
“Ya Allah panjangkanlah jodoh mereka dengan kasih sayang, persefahaman, rezeki yang melimpah dan peluang yang baik serta anak-anak yang soleh dan solehah,” komen seorang lagi netizen.
Terdahulu, sepanjang 19 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah terlibat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun, pelakon Datin Danielle meluahkan rasa syukur apabila diiktiraf sebagai penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2019.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Besson berkata, dirinya berasa sangat bertuah kerana memiliki peminat yang sentiasa menyokong karier seninya.
“Alhamdulillah kepada semua peminat anugerah ini untuk anda kerana anda menyokong saya selama 20 tahun saya berada dalam industri jadi saya berasa sangat bertuah untuk berada disini.
“Saya sangat gembira apabila dapat anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik menerusi filem Gol & Gincu Volume 2. Sebenarnya filem ni saya berlakon untuk seronok-seronok sahaja, tak ada pun saya terfikir untuk menang anugerah ke apa.
Di samping itu, aktres berusia 27 tahun ini memberi pendapat bahawa setiap pelakon itu mempunya kelebihan yang tersendiri.
“Saya rasa pelakon lain bagus dengan cara yang mereka sendiri dan hanya kerana saya terpilih tak membuatkan saya lebih bagus dari mereka.
“Mungkin saya rasa watak dan karya itu mempunyai kelebihan tersendiri. Tapi macam mana pun, mereka yang lain juga sangat berbakat dan memberi sumbangan kepada industri kita,” katanya kepada MH.
Tidak dinafikan, ramai yang terkesan malah ada yang terpisah dengan ahli keluarga apabila Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dijalankan seluruh negara bermula 18 Mac yang lalu dilaksanakan.
Penyampai radio, Issey Fazlisham misalnya berkata dia kini terpisah dengan anak-anak tirinya yang kini berada di bawah penjagaan keluarga mertua di Kelantan.
Dalam pada itu, Issey atau nama penuhnya Fazlisham Mat Husin turut memaklumkan, isterinya telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk menetap bersamanya.
Sementara anak-anaknya masih berada di Kelantan kerana masih dalam proses perpindahan sekolah.
“Isteri dapat transfer di kL semasa PKP. Kenapa tak bawak anak terus? Anak masih di Kelantan sebab urusan untuk tukar sekolah perlu masa jugak. Tambah tambah masih PKP.
“Kebetulan saya di KL bakal pindah ke rumah baru, banyak yang tergendala proses,” katanya.
Selain itu, penyampai radio 32 tahun itu berkata emosi isteri sering terganggu akibat terpisah jauh dengan anaknya.
“Tapi takpa, besar hikmah bersabar. Kita berdoa agar menang melawan wabak ini, dan Insyallah bila semuanya sudah selesai, kita pindah kL yer kesayangan.
“Saya kesian dekat @aimi_jamel, emosi agak terganggu disebabkan anak jauh. Insyallah sayang, kita settle slow2 ok.
“Terima kasih mak mertua, aka Tok Ma pada cucu dia , yang jaga kesayangan keluarga buat masa sekarang ni. Love u la ‘Kak Nun’,” jelasnya lagi.
Sekadar informasi, Issey sah bergelar isteri kepada Noor Aimi binti Mohamed Jamel, 32, dengan sekali lafaz pada 22 Disember yang lalu di Calamaya Garden, Kota Bahru, Kelantan.
Foto: Instagram Issey Fazlisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!