Hiburan

“Kerja TV Dia Tinggalkan Demi Besarkan Anak-Anak,” – Aidid Marcello Hargai Isteri, Norzi Pak Wan Chek

Share

Personaliti TV popular, Aidid Marcello menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-19 tahun bersama bekas pembaca berita, Norzi Pak Wan Chek.

Menurut Aidid, isterinya itu merupakan teman baik yang sentiasa memberikan dorongan dalam apa sahaja perkara yang diceburinya.

“Dia my bestie. Tempat luah macam-macam. Orang yang tak pernah jemu bagi semangat. Penasihat yang agak garang.

“Kalau bagi pandangan, aku kena tahan telinga dan sabar sebab dia akan cakap dengan ikhlas 100% tanpa jaga hati.

“Kalau bagus, baguslah. Kalau tal bagus, dia komen panas dan bagi idea dan jalan penyelesaian,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Remaja itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Pada masa sama, Aidid turut memanjatkan rasa syukur kerana isterinya itu sanggup meninggalkan kerjayanya dalam bidang penyiaran untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap keluarga.

“5 Mei 2005 aku nikah dengan dia. 5 Mei 2024 alhamdulilah empat orang anak.

“Sekarang semua kerja TV dia dah tinggalkan demi nak tengok dan besarkan anak-anak tersayang. Itulah bini aku yang ku sayangi Norzi Pak Wan Chek,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa kagum dengan perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoha Aidid dan Norzi kekal bahagia hingga ke jannah.

“Selamat ulang tahun perkahwinan. Saya sangat berbesar hati dapat menjadi bridesmate semasa perkahwinan kalian pada 2005,” komen pelakon, Che Puan Juliana Evans.

“Kisah yang sangat indah. Selamat ulang tahun perkahwinan Aidid & Norzie,” komen pelakon, Catriona Ross.

“Kak Norzie ini antara figura yang saya kagumi. Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga terus bahagia hingga ke syurga Allah,” komen seorang netizen.

“Ya Allah panjangkanlah jodoh mereka dengan kasih sayang, persefahaman, rezeki yang melimpah dan peluang yang baik serta anak-anak yang soleh dan solehah,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, sepanjang 19 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf