Pelawak Achey dan Nabil Ahmad memberi sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia – Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES).

Sumbangan tersebut disumbangkan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut pada Oktober setiap tahun.

Menurut Achey, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat hasil kerjasamanya bersama syarikat pengeluar minyak wangi, SugarBomb.

“Asalnya idea untuk buat CSR ini tercetus daripada Nabil sendiri.

“Bila saya tahu sumbangan itu untuk disalurkan untuk kegunaan penyelidikan kanser payudara, saya terus bersetuju memandangkan ahli keluarga sendiri pernah menghidap kanser tersebut,” katanya

IKLAN

Achey berkata demikian ketika ditemui sewaktu sewaktu majlis penyerahan sumbangan cek kepada CANRES.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim dan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Zunita Zakaria.

Bagaimanapun, Nabil tidak dapat hadir pada majlis itu atas sebab-sebab yang tidak dielakkan.

Katanya lagi, dia juga berharap dengan sumbangan ia sedikit sebanyak dapat memperkasakan kajian mengenai penyakit yang menjadi pembunuh senyap khususnya dalam kalangan wanita.

“Saya tahu lelaki juga berisiko untuk dapat penyakit kanser payudara, tapi kesedaran tak sampai kepada masyarakat.

“Sebenarnya peratusan risiko menghidap kanser sama sahaja tanpa mengira jantina,” katanya.

Kesemua sumbangan itu merupakan hasil sebahagian jualan daripada produk Sugarbomb X Achey dan Edisi Sugarbomb X LuP’K.

Sebagai info, Bukan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dan turut dinamakan sebagai ‘Pink Oktober’.

Sambutan tersebut bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di persada dunia.