Detik untuk disatukan gagal direalisasikan, Awi Rafael mengambil waktu bersejarah dalam hidupnya untuk melancarkan single terbaharu berjudul Rahasiaku.

Lagu yang sepatutnya didendangkan sewaktu majlis pernikahan nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Ulas Awi, cintanya kepada bekas tunang, Atikah Suhaime cukup mendalam sehingga melahirkan ilham untuk menulis karya indah.

Ads

Walaupun putus di tengah jalan, namun lelaki ini tetap meneruskan perancangan melancarkan single.

Ads

Sengaja memilih tarikh lahir Atikah, 15 Mac sebagai simbolik penyatuan kasih yang gagal. 

Ads

Malah dia berharap agar lagu ini dapat memberi jawapan buat segala persoalan dan menjadi pengganti sementara dirinya mencari ruang dan waktu merawat luka.

Bait lirik ‘Kerna Tuhan pasti lebih tahu, Apa yg lebih baik untuk diriku, Dan dirimu’, Awi menyandarkan seluruh kepercayaannya bahawa ajal maut jodoh pertemuan itu itu di tangan Allah SWT.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI