Usahawan dan pempengaruh Siti Jamumall bersumpah tidak akan memaafkan mana-mana pihak yang masih memfitnah dan menganggap insiden anaknya tertukar dengan seorang bayi lain di sebuah hospital beberapa tahun lalu hanyalah sebagai konten marketing.
Menurut Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, dia terpaksa bersuara mengenai isu ini agar fitnah-fitnah seperti ini dapat dihentikan.
“Saya merupakan ibu kepada anak yang tertukar dahulu pada tahun 2021. Minta maaf kerana saya terpaksa bersuara berkenaan isu ini dan saya tidak akan bercakap lagi selepas ini. Ini kali pertama dan terakhir.
“Saya tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang komen berkaitan anak saya dan mengatakan kejadian tersebut hanyalah sebuah konten, lakonan atau teknik marketing.
“Dengan nama Allah, saya tidak akan maafkan anda yang pernah memfitnah selagi anda tidak meminta maaf dengan saya secara peribadi,” katanya.
Rasa berang itu dikongsikan sendiri oleh Jamumall menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Ads
Katanya lagi, orang luar boleh bercakap apa sahaja mengenai dirinya namun bukan perkara buruk berkaitan anaknya.
“Kalau anda melihat ada netizen yang masih memfitnah dan anggap kejadian tersebut hanyalah konten viral, tolong maklum kepada mereka.
“Saya tidak akan maafkan mereka. Carilah saya di Padang Mashar. Sebagai ibu, saya tidak boleh bersabar jika berkaitan anak.
“Nak cakap apa-apa fasal saya, teruskanlah tapi bukan tentang anak saya,” ujarnya lagi.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan Jamumall selain turut mengaggap isu berkaitan anak ini bukanlah satu bahan gurauan.
“Tiadalah masalah nak konten-konten tertukar anak ni. Anak tu weh.
“Geram betul. Tidak akan ada seorang ibu yang akan mempermainkan bab anak.
“Jangan buat main fasal anak. Kalau saya pun akan buat perkara sama. Semoga Allah permudahkan segala urusan Siti.
Ads
“Sabarlah Siti. Orang tak rasa apa awak rasa,” antara komen-komen netizen.
Imbas kembali, pada tahun 2021 tular insiden mengenai Siti yang panik setelah mendapati dia membawa pulang bayi yang bukan anak kandungnya.
Siti menyedari tentang perkara itu ketika bekas suaminya mahu memotong tanda nama yang berada di kaki bayi tersebut.
Mereka kemudian mendapati ianya tertera nama wanita lain yang turut bersalin di hospital sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber: Instagram Siti Jamumall
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kini mencecah usia lebih tiga tahun, keletah permata hati kakak kepada penyanyi, Ella iaitu Jojie Aminuddin cukup menghiburkan wargamaya apabila si ibu kerap kali berkongsi aktivitinya di Instagram.
Dijaga dengan sepenuh kasih sayang bersama suami Syahrizal Ismail sejak dua minggu kelahiran Maryam, kanak-kanak comel itu juga turut mempunyai akaun Instagram sendiri yang diuruskan penjaganya.
Sepupu kepada pelakon Syazlin Zainal, Trisya Azahar menerusi hantaran terbaharu di Twitter awal hari ini memohon orang ramai supaya tidak membuat kenyataan yang tidak benar mengenai kematian Allahyarhamah.
Trisya pada masa sama turut memaklumkan, pemergiaan Syazlin masih dalam siasatan pihak berkuasa.
“Ramai yang DM (direct message) saya, maaf tak sempat nak reply. Semuanya masih dalam siasaran.
“Stop buat kenyataan yang tak benar dan saya mohon hormat keluarga Allahyarhamah Syazlin Zainal. Biarkah keluarganya sendiri memberi kenyataan,” ciapnya.
Dalam pada itu, Trisya menambah, urusan pengebumian dan majlis tahlil akan diberitahu kelak.
“Saya mohon kepada semua berhenti buat sebarang kenyataan. Tolong hormat pihak keluarga beliau.
“Terima kasih semua atas doa dan minta ampunkan dosa beliau dan halalkan segalanya,” kongsinya lagi.
Trisya sebelum ini memaklumkan berita mengenai pemergian pelakon drama Sitik Tok itu menerusi platform sama pada Khamis, sekaligus mengejutkan rakan selebriti dan industri seni.
Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman, al-Fatihah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.