Hiburan

Kes 2021 Tertukar Anak Bukan Konten! Ini Amaran Siti Jamumall – “Carilah Saya Di Padang Masyar.”

Share

Usahawan dan pempengaruh Siti Jamumall bersumpah tidak akan memaafkan mana-mana pihak yang masih memfitnah dan menganggap insiden anaknya tertukar dengan seorang bayi lain di sebuah hospital beberapa tahun lalu hanyalah sebagai konten marketing.

Menurut Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, dia terpaksa bersuara mengenai isu ini agar fitnah-fitnah seperti ini dapat dihentikan.

“Saya merupakan ibu kepada anak yang tertukar dahulu pada tahun 2021. Minta maaf kerana saya terpaksa bersuara berkenaan isu ini dan saya tidak akan bercakap lagi selepas ini. Ini kali pertama dan terakhir.

“Saya tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang komen berkaitan anak saya dan mengatakan kejadian tersebut hanyalah sebuah konten, lakonan atau teknik marketing.

“Dengan nama Allah, saya tidak akan maafkan anda yang pernah memfitnah selagi anda tidak meminta maaf dengan saya secara peribadi,” katanya.

Rasa berang itu dikongsikan sendiri oleh Jamumall menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Katanya lagi, orang luar boleh bercakap apa sahaja mengenai dirinya namun bukan perkara buruk berkaitan anaknya.

“Kalau anda melihat ada netizen yang masih memfitnah dan anggap kejadian tersebut hanyalah konten viral, tolong maklum kepada mereka.

“Saya tidak akan maafkan mereka. Carilah saya di Padang Mashar. Sebagai ibu, saya tidak boleh bersabar jika berkaitan anak.

“Nak cakap apa-apa fasal saya, teruskanlah tapi bukan tentang anak saya,” ujarnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan Jamumall selain turut mengaggap isu berkaitan anak ini bukanlah satu bahan gurauan.

“Tiadalah masalah nak konten-konten tertukar anak ni. Anak tu weh.

“Geram betul. Tidak akan ada seorang ibu yang akan mempermainkan bab anak.

“Jangan buat main fasal anak. Kalau saya pun akan buat perkara sama. Semoga Allah permudahkan segala urusan Siti.

“Sabarlah Siti. Orang tak rasa apa awak rasa,” antara komen-komen netizen.

Imbas kembali, pada tahun 2021 tular insiden mengenai Siti yang panik setelah mendapati dia membawa pulang bayi yang bukan anak kandungnya.

Siti menyedari tentang perkara itu ketika bekas suaminya mahu memotong tanda nama yang berada di kaki bayi tersebut.

Mereka kemudian mendapati ianya tertera nama wanita lain yang turut bersalin di hospital sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber: Instagram Siti Jamumall

Published by
Aizam Manaf