Pelakon dan penyanyi, Andi Bernadee memberitahu kes dakwaan terhadap rakan baik yang juga merangkap pembantu peribadinya sebelum ini masih lagi belum selesai buat masa ini.
Menurut Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, kes tersebut masih lagi dalam proses siasatan dan dia menyerahkan segala kepada pihak berkuasa.
“Setakat ini, kes tersebut belum selesai dan masih lagi dalam siasatan polis. Buat masa ini, saya sudah pun melantik peguam.
“Peguam saya telah kendalikan kes saya tu dari mula sehingga sekarang, jadi kita tunggu sahaja apa kata peguam saya nanti. Buat masa ini, masih belum mula kes perbicaraan makhamah pun lagi,” katanya.
Penyanyi berusia 30 tahun ini menjelaskan, rentetan situasi yang berlaku, ia sekaligus membuatkan diirinya kini lebih berwaspada dan berhati-hati untuk mengenali orang baru disekelilingnya.
Namun begitu, bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini tidak mahu bersikap sedemikian dengan semua orang.
Ads
“Kini saya lebih berwaspada, kalau kenal orang tu kena mengenali betul-betul dan saya pun sebelum ni dah melalui situasi yang boleh kata pahit bagi diri saya.
“Tapi saya tidak lah akan bersikap begitu dengan semua orang sebab bagi saya personaliti setiap orang itu berbeza.
“Jadi saya tidak boleh lah nak pukul rata dengan semua orang tapi sekurang-kurangnya saya lebih berwaspada lah selepas ini,” katanya lagi.
Terdahulu pada 25 Ogos tahun lalu, media melaporkan penyanyi berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM70,000.
Ads
Dalam perkembangan lain, Andi kini muncul dengan lagu single terbaru berjudul ‘Du’ dan telah mula dilancarkan pada 11 Mac lalu.
Andi berkata, Du adalah singkatan daripada perkataan rin-Du yang menjadi signifikasi kepada ‘kerinduan yang berbalas’ diangkat menjadi tema lagu ini.
“Asalnya, saya bercadang nak guna judul Du Du Du tetapi dah ada yang menggunakannya terlebih dulu. Jadi nak elak kekeliruan, kami pilih Du.
Ads
“Selain itu, lagu ini juga adalah hadiah istimewa buat peminat-peminat saya yang sudah lama merindukan buah tangan terbaru dari saya,” kongsinya lagi
Andi berkata sedemikian ketika ditemui sidang media pelancaran lagu Du yang diadakan di BSYNC Live, Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Andi Bernadee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“PENGUMUMAN! Test test. Wahai orang yang hilang, pulanglah.
“Kesian Tok Imam kena cari sorang-sorang. Nanti kena jadi kes polis, malu wei.
“Selamat kembali menjadi jemaah. Raya satu hari pun dah cukup dah,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut bersetuju dengan perkongsian Rafidah itu.
Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Rafidah itu. Jangan bulan puasa je kita semangat pergi ke surau, apa kata semangat tersebut kita bawa ke bulan-bulan yang lain juga. Tak gitu?
Foto: Instagram Rafidah Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fauzi Nawawi berkongsikan detik cemas apabila kediamannya dimasuki ular sawa batik melalui lubang tandas pada malam Jumaat.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fauzi memuat naik video kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu termasuk reaksi isteri, Lisdawati dan anak-anak apabila berhadapan kejadian tersebut.
Dalam entri itu juga, Fauzi turut merakamkan ucapan penghargaannya buat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang bertungkus-lumus menangkap ular sawa berkenaan.
“Jutaan terima kasih pada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Dulu lebah masuk rumah, lepas tu tragedi ribut dan pokok tumbang dan malam ni ada ular sawa pula masuk rumah.
“Pada Encik Khairil, Helmi , Saliha dan ramai lagi saya tak ingat nama… sanggup datang tengah malam bantu kami terima kasih banyak-banyak.
“Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian,” tulis Fauzi di ruangan kapsyen.
Sementara itu, Lisdawati turut berkongsikan foto dia dan Fauzi serta anggota JPAM berposing dengan hasil tangkapan mereka pada malam tadi menerusi Insta Story.
“Hasil tangkapan malam, ular sawa batik.
“Terima kasih Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fauzi Nawawi, Lisdawati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal menzahirkan rasa syukur selepas selesai menunaikan ibadah umrah di tanah suci, Mekah pada Sabtu bersama keluarga dan para pekerja syarikatnya.
Bagaimanapun, Wawa memaklum dia telah diserang demam panas pada sebelah pagi sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk bangun dan mengalami muntah darah.
“Alhamdulillah selesai menunaikan umrah semalam. Pagi tu saya sakit sangat memang tak mampu nak bangun sampai muntah darah.
“Mungkin sebab panas dalam. Minta doa banyak-banyak supaya sembuh supaya boleh umrah bersama team. Alhamdulillah dipermudahkan,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories.
Jelas isteri kepada pelakon, Aeril Zafril itu lagi, pada awalnya dia menjangkakan dirinya diserang virus Covid-19 namun hasil ujian didapat negatif.
Pada masa sama, Wawa akui agak letih disebabkan jadual kerja yang agak padat sebelum berangkat ke Mekah.
“Dua kali periksa (Covid-19) sebab sakit sendi dan urat. Tak boleh bawak bincang. Tapi alhamdullilah, mungkin letih sangat kerja tak henti sejak balik daripda program Sabah dengan team.
“Selepas itu, terus ke sini. Badan pulak dah cecah lebih 30 tahun (umur) tapi perasan 20 tahun. Boleh buat semua benda,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Wawa akui lega apabila kesihatannya kembali pulih dan segala urusan menunaikan umrah telah dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nabil Aqil meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila mengetahui bapanya telah membina sebuah rumah kayu kampung bernilai lebih RM500,000 di Kuang, Sungai Buloh...