Pelakon, Aedy Ashraf mengakui dia mengetahui dan ambil maklum mengenai kes saman melibatkan seorang penulis skrip bagi sebuah drama terhadap aktres, Amelia Henderson yang masih lagi belum selesai.
Meski tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan Amelia, namun pelakon filem Kahar: Kapla High Council itu mendoakan yang terbaik.
“Saya tahu mengenai perkara itu dan kami masih bercakap (mengenai isu itu) sebagai seorang kawan. Pada saya, sentiasa mendoakan yang terbaik buat kepadanya.
“Saya tak ada nak cakap apa-apa cuma saya harap kemenangan dan keadilan akan berpihak kepada Amelia,” katanya ketika ditemui pada majlis Wrap Party Kahar: Kapla High Council di Six In The City, Petaling Jaya pada Rabu.
Aedy pada masa sama yakin Amelia mampu mengharungi ujian yang dihadapi memandangkan dia seorang wanita yang kuat dan cekal.
“Apabila sesuatu perkara yang tidak diingini dan perkara-perkara yang tak dapat nak dielak seperti ini berlaku. Sudah tentu saya berasa simpati dengan Amelia.
Ads
“Tetapi saya tahu, dia seorang wanita yang sangat kuat dan cekal untuk menghadapi segala apa yang terjadi pada dia ketika ini.
“Dan saya yakin, satu Malaysia sedang mendoakan segala urusan dia dipermudahkan,” katanya lagi.
Ads
Ditanya mengenai hubungan terkininya dengan Amelia, Aedy akui dia masih lagi berhubung sebagai kawan dan terbuka untuk bekerjasama di dalam mana-mana karya selepas ini.
“Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada masalah untuk saya bekerjasama dengan Amelia di masa akan datang,” katanya.
Terdahulu, kes saman penulis skrip drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ iaitu Rehal Nuharis terhadap Amelia diteruskan selepas proses mediasi yang diadakan di Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur gagal diselesaikan secara baik, baru-baru ini.
Ads
Difahamkan, kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat yang membabitkan syarat-syarat penyelesaian dalam proses mediasi yang dijalankan.
Susulan itu, kes saman akan diteruskan dengan perbicaraan yang akan bermula 6 dan 7 Februari 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin memaklumkan dia kini mahu lebih peka seterusnya memasang niat untuk menutup aurat secara lebih sempurna.
Dua hari lalu, penyanyi kelahiran Pulau Pinang ini telah membaca ayat surah An-Nur dan berkongsi tafsiran surah tersebut bersama pengikutnya.
“Insya Allah, doakan saya istigomah dengan penampilan terbaru saya. Dua hari lepas, habiskan 𝗝𝘂𝘇𝘂𝗸 𝟭𝟴 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝟮𝟰 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗻-𝗡𝘂𝗿, Ayat 31. Baca Tafsir, rasa sehingga ke hati dan naluri, tentang 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 beritahu 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗱𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁.
“𝗔𝗹lah berfirman : Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
“𝗗𝗮𝗻 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗶𝗻 𝗸𝘂𝗱𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝘂𝗯𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮h, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.,” kongsi Mila.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini memberitahu telah menerima hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna selepas membaca surah tersebut.
Di samping itu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini memohon peminat mendoakan agar dia kekal istiqomah dalam mencari kerehdaan dari Allah S.W.T.
“Masya Allah, rupa rupanya selama ini ustaz, ustazah pesan memang benar benar ada dalam Al-Quran, Allah dah pesan… Rasa keinsafan yang menebal didalam hati tertusuk kedalam, rasa malu dengan 𝗔𝗹𝗹𝗮h.
“Alhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya.
“Saya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya.
“Bak kata suami saya, kita tak tau, mungkin ini hari terakhir kita diberi nafas dimuka bumi Allah. Maafkan saya jika ada salah dan silap #Ramadan #Lillahitaala,” tulisnya panjang lebar.
Nur Heliza Helmi ada berkongsi foto syahdu apabila dia menatap foto Razan Najjar, seorang sukarelawan perubatan Palestinian Medical Relief Society (PMRS) di Gaza, baru-baru ini.
Sambil berkongsi beberapa foto berkaitan, bintang itu turut memberi penerangan panjang lebar di ruangan kapsyen.
“Siapa kenal wanita di dalam gambar itu?
“Ya ini Ves yang beliau pakai , dan kesan lubang pada Ves itu adalah kesan tembakan sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Ves ini masih lagi berbau darah As Syahidah.
“Mohon komen nama dan peristiwa yang berlaku terhadap wanita ini,” tulinsya.
Dalam pada itu, Heliza turut berkongsi sejarah mengenai Razan yang difahamkan telah ditembak mati oleh tentera Israel pada 1 Jun tahun lalu.
Ketika itu, wanita tersebut didakwa sedang berlari menuju ke pagar perbatasan untuk menolong mangsa yang cerdera, sebelum ditembak.
Malah, Heliza turut menjadikan Razan sebagai penguat semangat untuk terus berbakti kepada mangsa yang memerlukan.
“I WANT TO BE LIKE YOU RAZAN ( SWIPE TO THE LEFT )
“1. Siapa Razan Najjar?
“Razan adalah seorang perawat yang bekerja secara sukarela untuk Palestinian Medical Relief Society (PMRS). Dia bekerja di area yang hanya beberapa ratus meter dari rumah keluarganya.
“2. Mengapa dia mahu ikut terjun ke medan konflik? “Saya akan merasa sangat malu kalau saya tidak ada untuk (membantu) warga Palestina. Sudah menjadi tugas dan kewajiban saya untuk ada di sini dan membantu mereka yang terluka,” kata Razan dalam wawancaranya dengan Al Jazeera pada bulan April 2018
“3.Detik-detik saat Razan ditembak
“Razan ditembak saat sedang lari menuju pagar perbatasan di dekat Khan Younis, Gaza, 17 Ramadhan , 2018. Dia sedang berusaha menolong korban yang terluka
“Mengenakan baju putih, seragam paramedis, “Dia mengangkat tangannya tinggi-tinggi dengan sangat jelas, tapi tentara Israel menembak dan dia tertembak di dada,” kata seorang saksi .
“Saksi lain bercerita bahawa Razan awalnya tak sedar bahawa dia sudah tertembak. Saat peluru telah tembus beberapa detik kemudian baru dia tersedar dan terjatuh ke tanah
“4. Ves yang Kakja pakai ini lah yang di pakai oleh Razan, di dalam poketnya hanyalah ada kapas dan peralatan medik, namun dia ditembak oleh rejim Zionis tak berperikemanusiaan (Sumber : https://www.bbc.com/indonesia/trensosial-44354400 )
“5. Antara kata kata Razan Al Najjar sangat memberi kesan ialah
“WITH ALL PRIDE, I WANT CONTINUE TO HELPING PEOPLE TILL LAST DAY”
“MasyaAllahhh Razan… kata kata mu menjadi doa, sungguh hari terakhirmu ialah saat dirimu memberi kan bantuan kepada mangsa cedera
“Razan, I Want to be like You, In sha Allah Aamiin,” kongsi Heliza.
Setelah sekian lama menutup ruangan komen di laman media sosial Instagram, pelakon Izreen Azminda kini kembali berkomunikasi bersama peminatnya.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam turut memaklumkan tindakan dibuat bagi memberi ruang buat peniaga dalam talian melakukan promosi di akaun media sosial miliknya.
“Bersempena kami dah bukak komen ni. Esk kami nk bg peluang kepada peniaga online.
“Hampa promote la barang2 ampa semua kat ruangan komen esk okay. Semoga murah rezeki ampa semua,” tulisnya.
Sekadar informasi, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 9 bulan.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.
Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Terdahulu, Izreen menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya selepas terpalit beberapa isu terhadap dirinya.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!