Berita

Kes Saman Amelia & Penulis Skrip Drama Diteruskan, Respon Aedy Ashraf – “Saya Tahu, Dia Wanita Yang Sangat Kuat Dan Cekal…”

Share

Pelakon, Aedy Ashraf mengakui dia mengetahui dan ambil maklum mengenai kes saman melibatkan seorang penulis skrip bagi sebuah drama terhadap aktres, Amelia Henderson yang masih lagi belum selesai.

Meski tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan Amelia, namun pelakon filem Kahar: Kapla High Council itu mendoakan yang terbaik.

“Saya tahu mengenai perkara itu dan kami masih bercakap (mengenai isu itu) sebagai seorang kawan. Pada saya, sentiasa mendoakan yang terbaik buat kepadanya.

“Saya tak ada nak cakap apa-apa cuma saya harap kemenangan dan keadilan akan berpihak kepada Amelia,” katanya ketika ditemui pada majlis Wrap Party Kahar: Kapla High Council di Six In The City, Petaling Jaya pada Rabu.

Aedy pada masa sama yakin Amelia mampu mengharungi ujian yang dihadapi memandangkan dia seorang wanita yang kuat dan cekal.

“Apabila sesuatu perkara yang tidak diingini dan perkara-perkara yang tak dapat nak dielak seperti ini berlaku. Sudah tentu saya berasa simpati dengan Amelia.

“Tetapi saya tahu, dia seorang wanita yang sangat kuat dan cekal untuk menghadapi segala apa yang terjadi pada dia ketika ini.

“Dan saya yakin, satu Malaysia sedang mendoakan segala urusan dia dipermudahkan,” katanya lagi.

Ditanya mengenai hubungan terkininya dengan Amelia, Aedy akui dia masih lagi berhubung sebagai kawan dan terbuka untuk bekerjasama di dalam mana-mana karya selepas ini.

“Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada masalah untuk saya bekerjasama dengan Amelia di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, kes saman penulis skrip drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ iaitu Rehal Nuharis terhadap Amelia diteruskan selepas proses mediasi yang diadakan di Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur gagal diselesaikan secara baik, baru-baru ini.

Difahamkan, kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat yang membabitkan syarat-syarat penyelesaian dalam proses mediasi yang dijalankan.

Susulan itu, kes saman akan diteruskan dengan perbicaraan yang akan bermula 6 dan 7 Februari 2025.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH