Kes tuntutan saman fitnah melibatkan pelakon, Puteri Sarah Liyana terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan telah diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Menurut peguam mewakili Wiwi Darvinda, Ammar Ghalip, anak guamnya bersetuju segala tuntutan yang dibuat oleh pihak Puteri Sarah.

Ia termasuk memuat naik permohonan maaf di laman sosial dalam tempoh tujuh hari di samping berjanji tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi maklumat mengenai antara satu sama lain di mana-mana platform.

Kes Saman Fitnah Selesai Cara Baik, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Kepada Puteri Sarah

“Kedua-dua pihak setuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah secara baik. Kedua, Wiwi harus membuat permohonan maaf secara ‘open court’.

Ads

“Malah, Wiwi juga harus membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram. Ini adalah tiga perkara penting yang harus dibuat oleh Wiwi.

“Persetujuan penghakiman sudah pun dibuat di mahkamah. Jadi, apa yang ditermakan di dalam mahkamah tersebut, itu yang kami akan buat,” katanya kepada MH.

Menurut peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abd. Kadir, anak guamnya berpuas hati selepas pihak defendan akui khilaf dengan kesilapan yang telah dilakukan.

Ads

“Pihak mereka sudah menghubungi kami selama beberapa bulan dan kami terima tawaran yang diberikan untuk menyelesaikan kes secara baik sebab dia sudah rasa insaf dan kesal.

“Pihak defenden juga bersetuju memuat naik pemohonan maaf dan menarik balik enam tuduhan dan fitnah dikeluarkan. Apa yang penting dia sedar bahawa apa yang dikatakan itu tidak berlaku,” katanya.

Ads

Ketika ditemui media, Wiwie enggan mengulas lanjut mengenai prosiding mahkamah yang berlangsung hari ini.

Sebelum ini, bekas menantu kepada pelakon senior Kazar Saisi yang dikenali sebagai Wiwie Darvienda Mazweena, didakwa mengeluarkan kenyataan tidak wajar tentang Sarah di Instagam pada 24 Ogos 2023.
Dalam kenyataan tersebut, Wiwie dikatakan menjaja cerita tentang Sarah berhubung keputusan pelakon itu menarik saman terhadap Ira Kazar.

Susulan itu, Sarah menghantar satu penyata tuntutan saman fitnah termasuk injuksi terhadap Wiwie menerusi peguamnya, Datuk Akberdin Abd. Kadir pada 30 Ogos tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI