Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah beri tempoh 48 jam kepada seorang wanita dalam lingkungan 30-an yang mendakwa dirinya sebagai dropship perniagaan yang diusahakan penyanyi itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas didakwa menipu orang ramai.
Semalam satu laporan polis dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor yang diwakili pegawai pemasaran Loveta Sdn Bhd susulan menerima beberapa mesej peribadi daripada pelanggan di Instagram rasmi LovetaHQ yang masih belum menerima produk dibeli daripada individu yang mendakwa sebagai dropship kepada syarikat miliknya itu.
Sarah berkata, dia terkilan dan marah apabila ada pihak sanggup mencemarkan nama baiknya dan melakukan perkara seperti itu.
“Ketika diberitahu oleh salah seorang pekerja mengenai kejadian yang berlaku ini, saya terus memintanya untuk membuat laporan polis. Bagi saya, apa yang dilakukan wanita ini adalah satu kesalahan yang besar kerana telah memburukkan nama baik saya.
“Wanita ini dikatakan cuba berdolak-dalik dengan pelanggan yang sudah membeli produk saya sedangkan pihak kami tidak menerima sebarang pesanan daripada dropship ini. Saya ingin tegaskan dia bukan dropship kami.
“Setakat ini saya sudah menerima hampir empat pelanggan yang tampil mendakwa belum menerima produk yang dibeli daripada wanita ini.
“Justeru saya memberi masa selama 48 jam untuk wanita ini selesaikan masalah yang dilakukan dan perlu membayar segala kerugian yang ditanggung oleh pelanggan atau tindakan lebih keras akan diambil. Pihak saya ada cuba menghubunginya selepas laporan polis dibuat tapi belum ada sebarang maklum balas,” katanya dalam satu sidang media tergempar yang diadakan secara virtual, sebentar tadi.
Ads
Menurut Sarah, dia tidak menyangka apabila niat baiknya untuk membantu orang di luar sana menjana pendapatan tambahan bertukar menjadi satu platform untuk melakukan penipuan atau ‘scammer’.
“Saya usahakan perniagaan Loveta dan Ratasya ini adalah untuk membantu orang di luar sana menjadi dropship atau ejen saya. Saya sanggup keluarkan duit sendiri semata-mata nak ubah nasib mereka tanpa perlu keluar modal yang besar.
“Saya tekad menjalankan perniagaan ini kerana ada permintaan serta nak kongsi rezeki. Saya tak pernah terlintas yang orang akan gunakan saya untuk jadi ‘scammer’.
Ads
“Kesabaran saya ada limit. Melihat keadaan sekarang ini ramai yang susah nak makan dan cari duit, tiba-tiba terima berita ada individu yang tergamak menggunakan perniagaan saya untuk menipu orang lain.
“Selama ini orang fitnah saya macam-macam saya diamkan diri tapi tak sangka ia seolah-olah memberi keseronokan kepada orang. Sudah tiba masanya untuk saya lebih tegas kerana saya buat perniagaan ini bukan untuk aniaya orang tapi nak tolong mereka yang benar-benar nak ubah nasib hidup,” katanya.
Dalam masa sama, Sarah menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu ujian namun kali ini tidak akan berdiam diri.
Ads
“Selagi hidup kita tidak akan terlepas daripada perkara buruk, tapi belum sampai tahap tertekan dengan apa yang berlaku.
“Cuma saya sangat sedih dalam keadaan sekarang perkara ini terjadi. Saya rasa orang sekarang tidak semampu sebelum pandemik Covid-19. Bila ada orang yang sanggup membeli, kita jangan aniaya mereka.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Zayan, Falyq Hikyle telah selamat melangsungkan pertunangan dengan Nabilla Raihan Sabtu lalu. Nabilla merupakan anak tiri kepada aktres senior, Zarina Zainuddin.
Perkongsian gembira itu dikongsikannya menerusi Intagram.
“100 itu sempurna, kamu 1 lebih sempurna. Dengan izin Allah SWT. Maklum lah, umur dah banyak pakai. Tak tau berapa baki yang tinggal. So jom lah kita sesama pelan-pelan kayuh ye, cik fiancée. Gitueww.
“p/s : Jangan lah time-time macam ni ada yang menggugat iman eh. Ajee gilerrrr nak menjawab nanti,” tulisnya sambil memerikan kredit beserta tanda palang #falalyq #darahmanis #elehbarutunangkot.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti mendoakan kebahagiaan pasangan serta berdoa agar fasa berlabuh hingga ke jenjang pelaminan.
Foto: Instagram Falyq Hikyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Izara Aishah meluahkan perasaan terhadap individu yang dilihat menghina serta mencaci kanak-kanak atau bayi.
Izara atau nama sebenarnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 30, menulis ciapan tersebut di laman Twitter miliknya pada Khamis, yang mana dia berharap agar individu berkenaan ‘disumbatkan ke neraka.’
“Jijik dengan manusia yang caci, kutuk, hina budak. Tu bayi la lahan*t. May you rot in hell (semoga anda disumbatkan ke neraka),” tulis Izara.
Walaupun tidak menjelaskan konteks ciapannya itu secara terperinci, namun rata-rata netizen berpendapat kenyataan Izara itu sebagai membidas tindakan segelintir pihak dikatakan menghina serta menyunting rupa paras asal anak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Mohammad Bilal.
Neelofa sebelum ini menjelaskan, dia terkilan apabila wajah anak sulungnya itu telah disunting hingga menimbulkan pelbagai komen yang tidak baik terhadap bayi berkenaan.
“Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas itu sebar gambar yang edit fake tu.. dan macam-macam komen jahat pada anak saya.
“Dah puas hati? Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar,” tulis Neelofa di Instagram Story.
Neelofa pada Rabu akhirnya telah berkongsikan wajah penuh Bilal di laman Instagram, sekaligus menerima reaksi pelbagai wargamaya termasuk rakan selebriti yang memuji kecomelan putera sulungnya itu.
Entri tersebut pantas meraih perhatian warga maya dan setakat ini, telah menerima lebih 780,000 tanda suka.
Bilal yang merupakan anak sulung Neelofa dan suami, PU Riz, 27, dilahirkan pada 29 Januari lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Twitter, Instagram Izara Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Faezah Elai mengimbau foto lamanya lebih 30 tahun lalu ketika dirinya masih kecil.
Kongsi pelakon berusia 37 tahun itu, ketika dirinya masih kanak-kanak lagi, dia sudah memiliki rambut berwarna perang semula jadi.
Bukan itu sahaja, bintang ini turut kelihatan sangat comel ketika di zaman kanak-kanaknya.
“Ni masa nk masuk 7 tahun around 1988/89 and i wonder who was my hair stylist masa ni. Klu jumpa balik, mmg kena saman!!
“No!! I dont colour my hair.. zaman ni colour2 tkdak lg aih.. mmg beranak mai rambut colour ni.. so jgn tanya dh.. sekian terima kasih,” tulisnya beri penjelasan.