Siapa sahaja yang tidak mengenali primadona Erra Fazira yang sering menjadi perhatian peminat menerusi naskhah lakonan dan nyanyian.

Terbaru, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik ada berkongsi satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, penyanyi berusia 46 tahun itu telah berkongsi momen ketika meluangkan masa bersama ibunya.

“Kesederhanaan yang membahagiakan…

Tq @sharendrarazak ..dlm diam awak ambik video yerk.. kena marah dgn mak Azzah baru awak tahu!!

Ads

“Tapi video ni sangat bernilai buat saya.. Appreciate it adikku  .Ampun mak..  era post video ni.. moment indah dan sayang mak mencurah2..

“Tak kira kat mana punnn.. nak peluk mak ketat2 jugak!! Love you my maderrrr…,” tulisnya.

Ads

Di samping itu, rata-rata peminat tersentuh hati melihat perkongsian Erra tersebut.

Ads

Bukan itu sahaja, peminat turut memuji sikap tanggungjawab Erra terhadap ibunya.

“Kesederhanaan Yang Membahagiakan,”- Erra Fazira Kongsi Momen Bersama Ibu, Ramai Tersentuh Hati

MH mendoakan Erra sekeluarga sentiasa bahagia, ceria dan dirahmati sentiasa.

Video: Instagram Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI