Bersempena dengan tarikh bermakna 10 Muharram, Erra Fazira menerusi Instagram ada berkongsi beberapa peristiwa penting yang pernah terjadi pada tarikh tersebut.

Jelasnya di ruangan kapsyen, Nabi Musa diselamatkan daripada Firaun, Nabi Ibrahim diselamatkan daripada dibakar dan Nabi Nuh diselamatkan daripada banjir besar.

Menerusi video yang dikongsi juga dititipkan kata-kata hikmah yang cukup terkesan hingga ke lubuk hati untuk dimanfaatkan.

Salam 10 Muharram.

“Banyak peristiwa penting sebenarnya dalam 10 Muharram ini, selain dari Nabi Musa diselamatkan dari Firaun.

“Nabi Ibrahim diselamatkan dari dibakar. Ini mukjizat Nabi Ibrahim.

“Nabi Nuh diselamatkan dari banjir besar dengan Kapal Besar yg dibina sendiri oleh beliau sedangkan anak dan isteri beliau tidak bersama kerana enggan beriman kepada Allah.

“Bismillah semoga hari ini membawa berkah. Sungguh beruntung bagi orang yang mendapatkan dalam buku catatan amalnya, banyak istighfar.

“Jangan buka aib. Kalau gaduh teruk macam mana sekalipun, benci tahap gila ke apa, tolong la belajar untuk tidak buka aib sesiapa.

“Jangan remehkan orang yang ‘diam’ dan jangan terlalu percaya dengan yang ‘pandai berbicara’.

“Jangan buruk sangka bila benar kau tak dapat pahala bila salah kau berdosa.

“Bersyukur kepada Allah SWT masih diberi nafas.

“Jangan terlalu sibuk dengan urusanmu sehingga kau lupa untuk apa kau diciptakan.

“Kesedihan itu mengecil jika dirahsiakan. Membesar jika dikeluhkan.

“La Tahzan Innallaha Ma’ana. Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.

“Nabi saw bersabda:

Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” – HR Bukhari

“Doa seorang muslim adalah mustajab saat mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuannya, Malaikat yang ditugaskan mengawasi di samping kepalanya saat seorang itu mendoakan kebaikan untuk saudaranya, Malaikat mengatakan ‘Aamiin’ dan bagimu mendapat seperti itu.” – HR Muslim

“Orang yang hebat adalah orang yang sedang bersedih tapi tetap berusaha membahagiakan orang lain.

“Semoga kita bisa bertemu Allah dalam keadaan Ia suka kepada kita,” kongsi primadona ini panjang lebar.

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan. Perkara yang baik, tidak salah untuk dikongsikan.

Foto : Instagram Erra Fazira