Unik! Mungkin itu yang boleh diperkatakan apabila penyanyi Mas Idayu mengenakan ‘veil’ atau kain layah terapung bersama persalinan yang dipakai pada majlis resepsi yang diadakan di sebuah premis acara, di Kuala Lumpur, malam tadi.
Perancang perkahwinan yang juga pereka busana berkenaan, Anas Abdullah berkata, dia menggunakan 18 biji balon bagi menerbangkan kain layah terebut.
Malah, dia bersama ‘skuad cantiknya’ turut melakukan latihan bagi sesi tersebut selama tiga hari bagi memastikan ia berjalan seperti yang diharapkan.
“Bila Mummy (Mas Idayu) nak kahwin, saya bincang dengan dia nak buat sesuatu yang luar biasa dan lain daripada yang lain. Jadi, apa kita bincang adalah ‘veil’ terapung pertama di Malaysia. Hari ini terbukti, ‘veil’ berkenaan berjaya dipakai Mas Idayu.
“Keseluruhan ada 18 belon dengan ‘veil’ sepanjang 15 kaki. Selama tiga hari kami buat latihan dan percubaan untuk menerbangkan ‘veil’ ini. Alhamdulillah, malam ini berhasil.
“Memang penat, tapi Mummy cakap ia memang berbaloi. Sebab dia orang pertama yang pakai macam ni. Dia memang puas hati,” katanya.
Ads
Tambah Anas, kos gaun perkahwinan yang digayakan Mas Idayu dan suaminya, Muhammad Sufian Che Isa mencecah sekitar RM12,000.
“Dua tahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak majlis perkahwinan yang ‘wedding of the year’. Jadi, bila Mummy nak kahwin kami memang sasarkan majlis ‘wedding of the year’.
“Apabila kami bagi pendapat, dia terima. Dia juga berikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menguruskan semua majlis. Alhamdulillah, inilah hasilnya,” katanya lagi.
Pada majlis itu, dianggarkan 320 tetamu hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis, media dan kenalan.
Ads
Antara artis yang hadir ialah Ziana Zain, Erra Fazira, Ella, Fauziah Latiff, Datuk Hattan, Hazama, Black Hanifah, Johan, Ozlynn Wati, Liza Hanim, Nabil Ahmad, Amelina, Ieda Moin dan ramai lagi.
Turut hadir bintang dari Indonedia, Soimah dan penyanyi dari Singapura, Kak Ros.
Terdahulu, Mas Idayu, 50, sah bergelar isteri kepada pasangannya yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada jam 10.40 pagi, hari ini.
Ads
Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah masjid jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001 di Magica Events Hall, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, penyanyi lagu Cintaku 100 Percent ini pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Namanya pernah popular dengan tagline ‘Hotel? Trivago.’ Hingga mendapat julukan sebagai ‘Gadis Trivago’. Dahlia Shazwan binti Mohd Amin atau lebih mesra dengan panggilan Dahlia Shazwan merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia.
Bagaimanapun, selepas hampir lapan tahun berkhidmat, akhirnya penerbit dan pengacara jelita ini telah pun mengumumkan pengunduran dirinya daripada program televisyen popular, Hlive pada April tahun lalu.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Dahlia menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya berhubung keputusan yang diambilnya itu.
Dahlia Syukur, Yakin Dengan Percaturan Allah Dalam Hidup!
Menurut ibu kepada seornag cahaya mata ini, dia sememangnya berasa amat bersyukur dengan jalan yang telah diaturkan buat dirinya.
“Mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan saya selama lapan tahun ini sebagai penerbit dan pengacara untuk Thinker Studios dan Hlive.
“Saya sangat bersyukur dengan jalan yang telah diaturkan oleh Allah tidak kira disaat jatuh dan bangun.
“Selamat Tinggal Semua, Saya Undur Diri” – Dahlia Shazwan
“Selamat tinggal semua. Saya mengundurkan diri,” tulisnya.
Pada masa sama, Dahlia turut berkongsi sebuah video yang memapar momen-momennya sepanjang bersama Thinker Studios dan Hlive.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Dahlia.
“Sangat seronok bekerja bersama. Selamat maju jaya.
“Kami mendoakan yang terbaik buat kamu Dahlia.
“I love your hosting dear.
“Kami akan merindui awak di Hlive.
“The best co-host at Hlive. Farewell gee,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Dahlia merupakan antara personaliti tv terawal yang mengacarakan program hiburan, Hlive.
Untuk rekod, Dahlia telah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hati, Shafiq Ismet pada tanggal 23 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Freda pada 22 Februari 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kebelakangan ini, fenomena Kpop memang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia. Kadang-kadang sampai boleh pening kepala dibuatnya.
Tidak cukup itu, setiap bulan ada sahaja artis Kpop yang datang ke Malaysia dan jumlah orang yang datang juga boleh tahan ramainya.
Namun begitu, dalam banyak-banyak grup Kpop yang wujud, MH difahamkan bahawa 5 grup ini adalah yang paling lit sekarang.
Oleh itu, MH nak kongsi 5 grup paling letups itu, betul ke tidak?
Beyond The Scene (BTS)
Grup yang dianggotai oleh 7 orang anak muda ini tersenarai di tangga kedua di bawah Eminem paling laku keras di Amerika Syarikat (AS). Tidak cukup itu, jualan album juga turut mengalahkan penyanyi-penyanyi hebat seperti Ed Sheeran, Lady Gaga, Taylor Swift dan Metallica.
EXO
EXO terdiri daripada 9 anak muda iaitu Suho, Xiumin, Lay, Chanyeol, Baekhyun, Chen, Kai, Sehun dan D.O. Saban tahun, tiket konsert grup ini di Malaysia akan ‘sold out’ membuatkan grup ini salah satu yag terhangat di pasaran.
Blackpink
Rasanya semua tahu lagu Ddu-du DDu-du kan, siap dengan tarian dia sekali. Untuk pengetahuan, grup yang terdiri daripada Jisoo, Lisa, Jennie dan Rose itu memang meletup betul! Malah mereka juga bakal beraksi di Malaysia pada 23 & 24 Februari ini.
TWICE
Grup ini pernah menjadi topik hot di Malaysia apabila konsert mereka di Malaysia dibatalkan kurang 24 jam daripada tarikh kejadian membuatkan semua fans grup tersebut berkumpul beramai-ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengucapkan selamat tinggal kepada grup itu.
iKON
Mula mencipta nama menerusi lagu Love Senario, tahukah anda lagu itu paling banyak dinyanyi dan didengari oleh orang di seluruh dunia? Tidak cukup itu, viral di Indonesia dan Korea Selatan apabila pelajar menggunakan lagu tersebut untuk melepaskan stress?
Foto:Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal membuat persembahan menerusi lagu asal Khai Bahar yang berjudul 123 pada program Gegar Vaganza 6 (GV6) minggu hadapan, Naqiu mengakui dirinya perlu melakukan persiapan, seterusnya cuba untuk lari dari zon selesa.
Katanya, dia akan cuba untuk memberikan kelainan, menampilkan sisi berbeza dalam saingan minggu ketiga yang mengetengahkan tema ‘Aneh-Aneh’.
“Perkara pertama terlintas di fikiran apabila tersiar lagu yang bakal saya nyanyikan ialah peminat akan tengok sisi berbeza saya.
“Memandangkan sebelum ini saya sering persembahkan lagu ‘jiwang’. Kali ini bawa lagu rentak rancak, kena ‘twist’ diri saya jadi lain,” katanya yang menggungguli minggu kedua konsert dengan mengumpul markah tertinggi sebanyak 81.00 peratus.
Memberi persembahan memukau menerusi lagu Meraung (dendangan asal kumpulan NewBoyz) sekali gus mendapat pujian juri, pemilik nama lengkap Wan Naqiuddin Mohd Najib ini juga tidak menafikan untuk mengekalkan momentum bukanlah suatu hal senang.
“Minggu pertama saya di kedudukan kelapan dan minggu ini di tempat teratas. Saya syukur meski jujurnya pada peringkat awal saya takut dan tertekan.
“Saya risau andai buat kesilapan di mana-mana ketika membuat persembahan dan pada masa sama, tak mahu ada yang membanding-bandingkan saya dengan penyanyi asal.
“Untuk kekalkan momentum ialah perkara yang paling sukar dan harapan peminat juga sudah tinggi. Saya cuba berikan yang terbaik baik untuk juri dan peminat yang menyokong,” azam Naqiu.
Berkongsi mengenai perkembangan media sosialnya pula, bintang berusia 33 tahun itu terkejut kerana jumlah pengikutnya di platform di Instagram meninggkat secara mendadak.
“Pada minggu pertama, sejurus konsert bilangan pengikut meningkat kepada 10,000 dan sehingga ke hari ini, bilangannya kian bertambah…cecah 30,000.
“Saya tak percaya sebenarnya kerana saya anggap diri ini ‘kecil’, berada dalam industri pun sekejap sangat…tak sampai 10 tahun pun kalau nak dibandingkan dengan senior lain.
“Tiba-tiba bilangan pengikut Instagram naik mendadak jadi saya terkejutlah. Apa pun saya hargai sangat.
“Rupanya masih ada mereka yang masih ingatkan saya,” luah Naqiu yang berazam untuk terus kekal berkarya dalam seni selepas ini.
Terdahulu, Mazleela diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir, selepas mengumpul markah paling rendah dalam kalangan 12 peserta lainnya.
GV6 yang disiarkan secara langsung di Astro RIA dan Ria HD dari Wisma Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
Sementara, Datin Paduka Julie Sudiro pula diundang sebagai juri jemputan minggu kedua saingan.
Foto: Instagram Naqiu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menjelaskan dia lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa setiap kali membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Menurut Siti, segala...