Penyanyi senior, Datuk Aishah akui teruja dengan tugasan duet yang telah diberikan kepada semua peserta All Star Gegar Vaganza di konsert minggu keempat Ahad ini.
Bagaimanapun, Aishah mendedahkan dirinya agak musykil dengan pemilihan pasangan duet yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.
Menurutnya, peserta yang bergandingan bersama ahli keluarga atau menyanyikan lagu asal pasangan duet bakal mempunyai sedikit kelebihan.
View this post on Instagram
“Memang dahsyat senarai artist yang akan sama-sama buat persembahan minggu ini. Meriah dan sudah tentu akan trending. Confirm. Saya semak semula senarai ada lagu ada lagi dan hmm ada sedikit kemusykilan.
“Bila dilihat senarai artist duet ini, ada yang akan menyanyikan lagu mereka sendiri dengan peserta. Ada juga yang akan berduet dengan ahli keluarga.
“Yang lain biasalah dengan pasangan duet yang kita sama ada jarang jumpa mungkin ada yang tak pernah jumpa,” soalnya.
Persoalan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Jelas Aishah lagi, ada peserta yang harus bekerja lebih keras untuk mencari keserasian dengan pasangan duet yang jarang atau belum pernah bertemu sebelum ini.
“Okay setahu saya, pasangan duet juga akan dihakimi. Jadi bagaimana ya kalau nak dibandingkan dengan pasangan duet yang baru atau dah lama tak jumpa menyanyikan lagu yang mereka juga kena menghafal dan mengkaji lagu.
“Kalau dibandingkan dengan duet partner nyanyi lagu sendiri. Rapport dan keserasian orang asing dengan kerasian ahli keluarga juga akan sangat berbeza,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Aishah turut mempersoalkan proses penilaian markah yang akan digunakan para juri untuk tugasan duet ini.
“Jadi pemarkahan bagaimana yang akan diberikan kepada pasangan duet yang kena study lagu dan mencari keserasian dalam waktu yang singkat berbanding dengan mereka yang empunya lagu dan yang dah kenal seumur hidup.
“Sekadar bertanya,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan setiap peserta mempunyai cabaran tersendiri malah, mereka turut percaya Aishah bakal menampilkan persembahan terbaik minggu ini.
“Rasanya yang dapat nyanyi lagu sendri dan nyanyi dengan adik-bradik tu Iagi besar dan berat cabarannya. Mesti juri nak tengok kelainan yang lebih. Kalau tiada kreativiti atau nyayian sama sahaja, mesti juri senang-senang je tolak banyak markah. Sebabmereka tak boleh terlalu selesa. Ini dari pendapat saya la yang tiap-tiap tahu layan GV.
“Hmm competition GV tahun ni penuh cabaran dan adanya rakan duet yang sekian-sekian seperti yang dinyatakan oleh Dato’ adalah cabaran besar untuk peserta ASGV. It’s okay Dato’. Dato’ boleh buat punya. We believe in you. Kalau orang tu dah hebat macam Dato’ Aishah, fair or unfair competition pun dia boleh makan.
“Akak lagi hebat dari artis duet mereka.
“Apapun cabaran, semoga Aishah dapat buat yang terbaik. All the best to you kak. Semoga Allah permudahkan urusan,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Aishah bakal bergandingan dengan penyanyi Vince untuk membawakan lagu Terlanjur Cinta nyanyian asal Pasha Ungu dan Rossa.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aishah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI