
Pelakon jelita, Anzalna Nasir mendedahkan dirinya dan suami tidak kisah berhabis semata-mata untuk membeli pakaian yang bagus buat anak-anaknya sekiranya ada rezeki lebih.
Menurut Anzalna, para ibu bapa tidak seharusnya berkira dengan anak-anak kerana mereka juga merupakan pembawa rezeki.
“Ada rezeki lebih kongsi dengan anak. Jangan berkira sangat. Anak pembawa rezeki,” tulis Anzalna.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri ibu kepada dua orang cahaya mata itu sebagai respon kepada soalan peminat menerusi ruangan Ask Me Question.
Pada masa sama, Anzalna turut menegaskan dirinya juga tidak pernah membali barangan tiruan buat mereka.
Katanya lagi, para ibu bapa sebenarnya boleh sahaja membali barangan yang kurang berjenama asalkan mengikut kemampuan masing-masing.
“No fake stuff. Kesian anak kalau orang tahu. Buat malu sahaja. Lebih baik shopping ikut kemampuan diri walaupun tak berjenama,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Anzalna baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya yang diberi nama Mohamad Emirhan pada tanggal 20 Mei lalu.
Sekadar informasi, bintang kelahiran program, Dewi Remaja 2009/10 ini telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Hanif Zaki pada 2016.
Pasangan ini juga telah terbih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Anzalna Nasir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siapa Owner Facebook Kambing Kacak Berlagak Hebat Ini,” – Mohon Kuasa Viral, Syafie Naswip Cari Individu Ini

Pelakon Syafie Naswip meminta pertolongan ramai bagi mengesan pengguna Facebook yang menggunakan akaun bernama Kambing Kacak.
Difahamkan menurut bintang tersebut, individu terbabit sering bertindak menghantar komen berbaur lucah serta menghina keluarga Allahyarham pengarah Pitt Hanif atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohd Hanif menerusi laman sosial.
View this post on InstagramA post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on
Kesal dengan komen melampau yang dibuat, Syafie turut memohon kuasa viral dari orang ramai bagi mengesan individu yang dimaksudkan.
“Sesiapa boleh tolong tak macam mana nak trace siapa owner facebook Kambing Kacak berlagak hebat ini.
“Sebab dari hari pertama arwah abang pitt meninggal, beliau selalu meninggalkan komen yang berunsur lucah/menghina & mengherdik keluarga arwah serta ibu kandung arwah,” tulisnya.
Malah, bintang 4 Penjuru itu juga sudah membuat laporan polis berhubung kes berkenaan.
“Report polis sudah dibuat tetapi masih tiada sebarang maklum balas daripada pihak polis.
“Jadi mohon kuasa viral anda membantu keluarga arwah mencari siapa owner di sebalik kehebatan Kambing Kacak ini,” pinta Syafie.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata turut kesal dengan individu terbabit.
Sementara itu, isteri kepada arwah Pitt, Farah Ahmad turut meluah rasa tak puas hati dengan perbuatan individu sama.
View this post on InstagramA post shared by Farah Ahmad @artbyfarahahmad (@ifarahahmad) on
Oktober tahun lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian anak sulung kepada pelakon senior, Fauziah Nawi itu selepas dibawa arus ketika sedang memancing di Kuala Lipis, Pahang.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga orang anak berusia antara tujuh hingga 16 tahun.
Foto:Instagram Syafie Naswip,Ira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Makan Nasi Campur Sup Kosong, Wawa Zainal Gembira Anak Akhirnya ‘Belajar’ Makan Ayam

Pelakon, Wawa Zainal, mengakui berasa amat gembira dengan perkembangan anak lelakinya, Attar yang kini sudah mula menunjukkan minat untuk mencuba makan menu berasaskan ayam.
Jelas Wawa, semenjak daripada kecil, anaknya itu tidak pernah mencuba protein tersebut namun, segalanya berubah ketika dia memasak menu ayam kari.
“Alhamdulillah after 7 years Attar da pandai makan ayam. Semalam masak ayam kari then kebetulan dia kat dapur . Dia cakap bau sedap dan dia nak try.
“Dan akhirnya dia pun try ayam kari semalam. Sedap katanya dan request suruh masak lagi. So harini masakkan lagi ayam untuk attar and he loves it,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Aeril Zafril itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Wawa turut berharap agar perkembangan positif itu akan berterusan sehingga dia mencuba menu yang lain pula.
“Sebelum ni Attar memang makan nasi dan kuah sup kosong je. Buah-buah makan jugak tapi sayur langsung tak nak. Hopefully lepas ni makan sayur pulak.
“Baru dia tahu betapa nikmat dan lazatnya daging ayam ni. Korang ada tak anak macam ni jgk?,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mememuji perkembangan positif tersebut selain turut berkongsi kisah mengenai perkembangan anak-anak mereka yang turut berdepan situasi yang sama.
“Slow-slow belajar makan tu. Nanti okaylah. Auntie dulu pun tak makan ikan. Hanya makan ikan bilis atau ikan kecil yang digoreng. Ikan gulai-gulai tak suka. Dah tua baru menikmati ikan.
“Alhamdulillah good job Attar.
“Sama dengan anak lelaki saya. Umur 6 tahun makanan dia sama je nasi sup. Pedas tak nak langsung.
“My daughter sampai sekarang tak makn ayam, daging atau ikan. She’s just don’t want to,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Wawa kini dilihat sibuk mempromosikan filem terbarunya, Sabda Kekasih yang turut menampilkan suaminya, Aeril Zafril.
Terdahulu, filem Sabda Kekasih kini sudah boleh mula ditonton menerusi langganan di saluran Astro First.
Sementara itu, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Wawa Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Nak Istiqamah Dalam Sesuatu Perkara, Kita Kena Tahu Janji Allah Dalam Perkara Terbabit…

Pendakwah dan pelakon, PU Riz menyifatkan penampilan ahli perniagaan dan hos, Neelofa yang kini tampil berpurdah atau berniqab sebagai satu hal yang baik.
Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, bagi memastikan bintang itu terus istiqamah, Neelofa perlu tahu mengenai nikmat yang diperoleh.
“Kalau nak istiqamah dalam sesuatu perkara, kita kena tahu janji Allah dalam perkara terbabit. Maksudnya kejayaan yang bakal kita peroleh dalam sesuatu keputusan itu.
“Walaupun ada khilaf dalam pemakaian niqab tapi ia tetap perintah yang baik. Memetik satu ayat al-Quran ini ada menyebut, sesiapa yang taat kepada perintah Allah dan Rasul, bersamanya adalah nikmat Allah.
“Jadi, siapa yang taat kepada perintah, satu kenikmatan yang sama dengan kenikmatan nabi, al-siddiqin, syuhada dan orang beramal soleh,” katanya.
Perkara itu dijelaskan menerusi satu video Instagram Live yang dikendalikan rakan baik Neelofa, iaitu Rosix Omar, semalam.
Sementara itu, Neelofa turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang membantu dirinya dalam mendalami ilmu agama.
“Terima kasih kepada ustaz dan ustazah. Haris pun banyak bantu sangat-sangat dalam memberi pencerahan mengenai ilmu agama ini.
“Sepanjang saya cuba faham dan mendalami mengenai ilmu agama dengan insan-insan ini, secara tak langsung hal-hal dunia ini saya makin gembira sikit-sikit saja.
“Jadi, untuk saya terus ke depan dengan berniqab, ia tidak lagi satu beban yang saya fikir dulu.
“Beberapa bulan lalu, saya melihat niqab sebagai satu perkara yang besar dan mustahil untuk dibuat. Tapi sekarang dengan hal dunia yang makin kurang dalam hati, saya jadi lebih mudah nak buat,” katanya.
Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu, Neelofa memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.
Malah, perkongsian fotonya di Instagram yang merakamkan penampilannya yang mengenakan niqab mencetuskan sensasi di Internet.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI