“Kesian Anak Kalau Orang Tahu, Buat Malu Sahaja,” – Beli Barangan Fake Buat Anak-Anak? Anzalna Nasir Saran Belanja Ikut Kemampuan

Share

Pelakon jelita, Anzalna Nasir mendedahkan dirinya dan suami tidak kisah berhabis semata-mata untuk membeli pakaian yang bagus buat anak-anaknya sekiranya ada rezeki lebih.

Menurut Anzalna, para ibu bapa tidak seharusnya berkira dengan anak-anak kerana mereka juga merupakan pembawa rezeki.

“Ada rezeki lebih kongsi dengan anak. Jangan berkira sangat. Anak pembawa rezeki,” tulis Anzalna.

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri ibu kepada dua orang cahaya mata itu sebagai respon kepada soalan peminat menerusi ruangan Ask Me Question.

Pada masa sama, Anzalna turut menegaskan dirinya juga tidak pernah membali barangan tiruan buat mereka.

Katanya lagi, para ibu bapa sebenarnya boleh sahaja membali barangan yang kurang berjenama asalkan mengikut kemampuan masing-masing.

“No fake stuff. Kesian anak kalau orang tahu. Buat malu sahaja. Lebih baik shopping ikut kemampuan diri walaupun tak berjenama,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Anzalna baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya yang diberi nama Mohamad Emirhan pada tanggal 20 Mei lalu.

Sekadar informasi, bintang kelahiran program, Dewi Remaja 2009/10 ini telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Hanif Zaki pada 2016.

Pasangan ini juga telah terbih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Anzalna Nasir

Published by
MH