Pelakon dan ushawan, Sherry Ibrahim berdepan momen duka sejak dua hari hari lalu apabila bagasinya yang sudah di ‘check-in’ di dapati di sebuah lapangan terbang.
Malah, Sherry turut berkongsi mengenai kehilangan bagasinya itu menerusi Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on
Menerusi salah satu entri, bintang berkenaan memaklumkan bagasinya tidak dapat dikesan menerusi sistem dan tidak tahu kepada siapa harus dipersalahkan.
Bagaimanpun, beberapa jam lalu, Sherry rasa lega dan gembira apabila bagasinya kembali dijumpai pihak lapangan terbang.
View this post on InstagramA post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on
“Alhamdulillah! Dah tak nangis cause now you are wth me here in Doha … but kindda upset cause ade defect on you .. Kesian bag i sampai ke london. P/S : abaikan baju and seluar same untuk dua hari,” tulisnya dengan disusuli tanda palang #emiratesairlines
Pada masa sama, Sherry turut menunjukkan bahagian bagasi yang mengalami sedikit kerosakan.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat lega dan bersyukur kerana bagasi yang dicari Sherry akhirnya berjaya dijumpai.
Terdahulu, Sherry turut merakam foto-foto indah saat berliburan di Dubai.
Foto: Instragram Sherry Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramai Yang Tahu Saya Memang Gemarkan Jenama Tempatan…,” – Yuna Cari Peluang Bantu Usahawan Lokal
Penyanyi Malaysia yang menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna telah dipilih sebagai wajah rasmi IOUpay (ASX:IOU), iaitu sebuah syarikat fintech dan kewangan digital.
myIOU adalah servis perkhidmatan kewangan terbaru yang menawarkan khidmat Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later)sesuai dan mudah untuk para peniaga dan usahawan atas talian dengan adanya pilihan pembayaran fleksibel yang pasti akan menarik ramai pelanggan dan pengguna.
Bercakap mengenai kerjasama ini, Yuna mendedahkan dia memilih untuk memberikan sokongan kepada usahawan lokal meski membina kerjaya di luar negara.
“Ramai yang tahu saya memang gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dari dahulu lagi.
“Saya akan kongsikannya dengan keluarga dan para peminat, tapi saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh.
“Dewasa ini, banyak usahawan tempatan mengalami kekangan kewangan dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang.
“Bagi saya, kerjasama dengan myIOU ini tiba pada masa yang tepat kerana saya memang sedang mencari peluang untuk membantu para usahawan demi kelangsungan perniagaan mereka.
“Dengan adanya perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later/ BNPL) yang ditawarkan myIOU, pasti dapat membantu bukan sahaja para peniaga malah para pelanggan juga.
Saya bersama-sama pihak myIOU berharap dapat menarik seberapa ramai orang di luar sana untuk mengambil peluang ini,” katanya.
Ditanya mengenai sejauh mana harapannya terhadap kerjasama ini, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Terukir Di Bintang ini berharap agar kemudahan yang diterapkan myIOU dimanfaatkan dengan baik.
“Saya mahu lihat lebih banyak perniagaan anak tempatan mengambil peluang keemasan ini turut serta menggunakan kemudahan perniagaan atas talian melalui myIOU.
“Ini akan dapat membantu lebih banyak usahawan-usahawan untuk terus berkembang dalam menjana pendapat semasa dan selepas musim pandemik ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Yuna kini dalam proses menyiapkan album terbarunya yang akan dilancarkan hujung tahun ini.
“Saya akan kembali ke Los Angeles dan meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaru saya. Insya-Allah, ia akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
“Saya juga akan cuba untuk berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sudah Sedia Nyanyi Lagu Melayu,”- Peserta Korea Selatan, Jang Han-Byul Jadi Tumpuan Big Stage 2019!
Program realiti, Big Stage kembali lagi menghangatkan industri hiburan apabila tampil dengan kelainan yang menggabungkan negara dari Brunei, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan.
Mewakili peserta dari Malaysia ialah Adzrin Amiruddin, Irfan Haris, Kuchaimars, Santesh, Fieya Julia, Neeta Manishaa, Sheryl Shazwanie dan Syada Amzah.
Manakala peserta dari Thailand pula terdiri daripada Chaleeda Gilbert, Dinda Permata mewakili Indonesia dan Aziz Harun mewakili negara Brunei.
Paling memberi tumpuan adalah peserta dari Korea Selatan iaitu Jang Han-Byul.
Akui bintang Korea itu, program ini merupakan cabaran terbesar baginya kerana bakal bersaing dengan para peserta yang sangat hebat.
“Program ini (Big Stage 2019) adalah satu cabaran yang besar buat saya kerana saya akan bersaing dengan peserta yang mempunyai kehebatan vokal dan gaya mereka yang tersendiri,” kata Han-Byul kepada MH.
Malah, Han-Byul sudah bersedia untuk menyanyikan beberapa buah lagu Melayu kerana mahu mencabar dirinya sendiri dalam program realiti ini.
“Saya sudah bersedia untuk menyanyikan lagu-lagu Melayu dan saya sedang mencuba menyanyikan beberapa lagu yang perlu dihayati untuk menjiwai lagu tersebut.
“Saya rasa diri saya adalah pencabar utama kerana saya perlu berdepan dengan bahasa Melayu dan peserta juga hebat belaka,” katanya jujur.
Memiliki 24,000 pengikut di Intagram, Han-Byul sedikit-sebanyak sudah membuat latihan untuk menyanyikan lagu bahasa Melayu untuk pentas Big Stage yang bermula pada 18 Ogos ini
“Saya sudah mencuba melakukan latihan untuk menyanyikan lagu bahasa Melayu seperti lagu dari Datuk Seri Siti Nurhaliza,” katanya tersenyum dan mahu merahsiakan tajuk lagu terlebih dahulu.
View this post on InstagramA post shared by 장한별 🌐 (@onestarbyul) on
View this post on InstagramA post shared by 장한별 🌐 (@onestarbyul) on
Antara lagu hit anak kelahiran Australia ini seperti Shooting Star, Run To You, Time Is Up dan Let The Wind Blow.
Malah, lagu-lagu tersebut sudah mencecah 2 juta tontonan.
Program Bis Stage 2019 ini masih mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap bersama dua orang bintang Indonesia, Cakra Khan dan Judika sebagai juri secara bergilir-gilir setiap minggu.
Juara Big Stage 2019 akan membawa pulang RM100,000 berserta trofi. Tempat kedua RM50,000 dan tempat ketiga RM25,000 dan masing-masing akan menerima trofi.
Tempat keempat bakal membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 di tempat kelima.
Foto : Instagram Jang Han-Byul
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Goosebumps,” – Titah Ucapan Tahniah DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Gamit Memori, Ubat Rindu Rakyat
“Goosebumps.” Itu antara komen yang ditinggalkan menerusi akaun Instagram Selangor Royal Official apabila keratan video titah ucapan tahniah daripada DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bersempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-73 tahun dimuat naik baru-baru ini.
Bagai menggamit memori, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sebelum ini pernah mencuri hati rakyat bersama kepetahan serta tonasi santun tatkala bertugas sebagai pembaca berita di stesen televisyen berkenaan tidak lama dulu.
Selain mengharapkan RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama menerusi beritanya, baginda turut mendoakan agar seluruh warga kerjanya sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik.
View this post on InstagramA post shared by SelangorRoyalOfficial (@selangorroyalofficial) on
1 April 2019 ~ TITAH UCAPAN TAHNIAH OLEH DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN SEMPENA HARI ULANGTAHUN RTM KE-73
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulangtahun RTM yang ke-73.
Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat.
Bukan mudah untuk RTM mengekalkan reputasi dan pencapaian terbaik sejak mula ditubuhkan, namun sehingga kini segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan setiap warga kerjanya telah membuahkan hasil dan menempatkan RTM sebagai penyiar terunggul di negara ini.
Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya dipenuhi dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan.
Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar.
Saya turut ingin mendoakan agar seluruh warga kerja RTM sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.
TAHNIAH SEKALI LAGI RTM UNTUK 73 TAHUN YANG CEMERLANG!
Lalu, keratan video tersebut mendapat reaksi peminat yang rata-ratanya merindui gaya pembacaan berita Tengku Permaisuri Norashikin.
Foto: Instagram Selangor Royal Official
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI