“Kesian Dekat Perempuan Yang Defend Pasal Ni,” – Tiz Zaqyah Luah Rasa Kecewa Kerana…

Share

Selepas mendedahkan ada menerima gambar-gambar berunsur lucah di ruangan direct message (DM) Instagram, pelakon, Tiz Zaqyah sekali lagi tampil meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang mempertahankan tindakan terkutuk itu.

Menurut Tiz, ada yang menganggap masalah tersebut berpunca daripada dirinya sendiri yang dikatakan sering berpakaian seksi serta menjolok mata.

Kongsinya lagi, tambah menyedihkan, apabila kebanyakkan komen-komen tersebut datangnya daripada kaum hawa sendiri.

“Aku kesian dekat perempuan yang cuba defend pasal hal ni. Kau tengok la mentaliti yang lain tu? Dorang semua ni defend si golongan sex offenders ni. Elok la.

“Jangan takut defend yourselves pasal benda ni. Kita perempuan, cover each other’s back. Jahanamkan dorang ni semua. Yang kena kita. Badan kita. Perasaan kita. Bukan dorang tu,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama Sarah Sajeeda itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Tiz turut menyeru kepada wanita diluar sana untuk tampil lebih berani bila berhadapan dengan isu ganguan seksual ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan oleh Tiz selain turut menzahirkan rasa kecewa terhadap individu yang membela perbuatan terkutuk itu.

Sumber : Twitter Tiz Zaqyah

Published by
Aizam Manaf