Pelakon, Azhan Rani menjelaskan babak mengheret ibu Hajah yang didukung Fatimah Abu Bakar dalam drama, Nur 2 sebenarnya boleh dipotong tetapi tetap diteruskan juga oleh kerana permintaan pelakon senior itu sendiri.
Menurutnya, pengarah telah memberikan pilihan sama ada babak tersebut dibuang atau pun menggunakan kaedah ‘body double’ tetapi ibu Fatimah sendiri yang teruja untuk melakonkan babak berkenaan.
Kenyataan tersebut dibuat Azhan di laman Twitter miliknya selepas anak Fatimah, Syarifah Amani memberikan pujian terhadap lakonan mereka yang meninggalkan kesan mendalam di hati para penonton itu.
“Allahuakbar sebenarnya adikku, berkali2 director bagi pilihan scene ni boleh je buang atau guna body double.
“Tapi your mummy yg excited nak buat scene ni. Yang seret tu dia yg punya technic sebab dia dah demo masa reharsal. Siap bangun lompat tepuk tangan lagi. # jomkecamibuhajah,” tulisnya.
Terdahulu, Sharifah Amani ada memberikan responnya terhadap babak yang boleh dianggap ganas yang melibatkan ibunya itu.
“I remember Mama told me how difficult it was for you to do this scene Abang. Kesian dia heartbreak nak laksanakan tanggungjawab.
“Mama and I are so proud of you Abangku @azhanrani Walaupun Adik tak sanggup tengok scene nie.
“Hahahahaha! Mama gitu Bang. She felt so sorry for you but she was so proud at the same time. Korang best gila lah! Syukur Alhamdulillah,” katanya.
Buat pengetahuan, Drama Nur 2 telahpun melabuhkan tirainya pada semalam dan ternyata filem tersebut berjaya memberi impak di hati para penonton.
Foto: Instagram Azhan Rani, Sharifah Amani