Baru-baru ini, pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali ada berkongsi foto bersama isteri, Siti Zulaikha ketika menghadiri konsert penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Instagram itu, Fizi turut menyertakan kapsyen ‘Kekasih awal dan akhir’ yang juga merupakan bait lirik bagi lagu ikonik yang dinyanyikan raja pop tanah air itu.
View this post on Instagram
Bagaimanapun ada yang rasa kurang senang dengan hantaran berkenaan apabila kapsyen Fizi itu dikatakan seakan tidak menghormati bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri.
“Kalau kekasih akhir itu mungkinlah betul tapi kekasih awal itu tak berapa kena,” komen seorang netizen.
Enggan melatah, Fizi sebaliknya menjelaskan kapsyen tersebut hanyalah dipetik daripada lirik lagu dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.
“Itu lagu je kak. Lagu,” balas Fizi.
Malah, seorang lagi netizen juga akui kecewa dengan tindakkan Fizi itu kerana menyifatkan dia seakan tidak menghargai jasa bekas isterinya selama ini.
“Bukan ke ini yang kedua. Kesian ibu Ameena tak diakui kekasih pertama. Semua lelaki sama sahaja kan? Sebab itu boleh ada yang kedua kalau yang pertama tidak dihargai,” tulis netizen tersebut.
Fizi kemudiannya membalas komen individu berkenaan dan menasihatinya supaya tidak terlalu mengikutkan emosi.
“Tak baik cakap macam tu. Kalau lelaki semua sama, habis tu laki awak pun sama la. Kesian laki awak bila awak cakap macam tu. Kecik hati dia,” balas Fizi.
Sekadar informasi, Fizi telah selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha pada tanggal 23 Oktober lalu.
Fizi pernah bernikah dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 dan sah bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ameena Sofia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizi Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI