Baru-baru ini, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa sebak di platform media sosial kerana mengenangkan nasib mangsa perang di bumi Palestin.
Bagaimanapun, luahan itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak yang merasakan Siti seperti sengaja ingin meraih perhatian agar orang ramai tahu mengenai usahanya bersama Yayasan Nurjiwa.
Mengulas mengenai isu tersebut, Siti menyifatkan orang luar mungkin tidak mengerti perasaan itu kerana mereka tidak terlibat secara dekat.
“Tak baik cakap macam itu. Hanya Allah yang tahu niat saya. Dahulu, mungkin kita tidak terasa sangat tapi bila sudah terlibat secara langsung, saya turut terkesan.
“Saya punyai keluarga dan anak-anak yang belajar di Sekolah Aafiya/Afwa di sana.
“Orang lain mungkin tak rasa kerana hal itu tidak masuk dalam kepala mereka tapi ia tersimpan di dalam fikiran saya.
“Setiap hari saya tertanya-tanya sama ada wakil saya, Dr. Mohanad selamat atau tidak di sana. Saya takut dia dibom,” katanya kepada MH.
Siti berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Iftar & Penyampaian Sumbangan Nurjiwa Perihatin yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, naluri seorang ibu juga membuatkan hatinya sangat sensitif.
Ads
“Kebanyakkan yang menjadi mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. Perkara seperti itu yang tak mampu saya lihat.
“Bila lihat anak-anak kecil, saya teringat Aafiya dan Afwa. Saya terbayang bagaimana jika mereka yang berada di sana. Saya ini seorang yang cepat menangis bila bab anak,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Anta Permana ini menyifatkan inisiatif misi bantuan di Gaza ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar.
“Saya terlalu bersyukur kerana dalam ramai-ramai orang, Allah beri peluang kepada Yayasan Nurjiwa. Allah seperti memilih saya dan suami.
Ads
“Orang lain mungkin nak buat tapi saya dapat berurusan secara terus bersama masyarakat Gaza itu sendiri.
“Tak sangka kita dapat agihkan bantuan kepada lebih 10,000 orang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Siti juga enggan memberikan perhatian terhadap mana-mana pihak yang cuba melemparkan komen-komen negatif.
“Terpulanglah apa orang nak cakap. Tak perlu saya membalas kembali. Apa yang saya keluarkan itu adalah ikhlas daripada apa yang saya rasa.
“Saya rasa, memang itu sahaja kerja mereka. Biarlah mereka buat kerja mereka dan saya buat kerja saya.
“Saya kesian juga pada mereka. Ibarat mereka seperti tiada kerja,” ulasnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Siti turut menyangkal dakwaan ini sengaja dicetuskan oleh kumpulan peminat artis lain yang iri hati dengan dirinya.
“Kalau boleh, saya tak nak fikir yang hal ni sengaja dicetuskan oleh mana-mana pihak. Pada saya, ia kesilapan individu dan dia punyai masalah peribadi.
“Saya berdoa agar Allah memberikan hidayah. Saya rasa dia tahu fitnah yang dilakukannya itu lebih teruk daripada membunuh.
“Saya cuba elak untuk memberikan publisiti pada orang sebegini. Buang masa sahaja.
“Pada saya, peminat saya dan rakyat Malaysia bijak. Kalau mereka melihat perkara yang tak masuk di akal, mereka abaikan sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, dalam majlis ini juga, Siti bersama Yayasan Perihatin turut
meraikan para anak yatim, ibu tunggal, artis dan wartawan veteran.
Mereka ini turut menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan asas buat anak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dikritik gara-gara melontar makanan sewaktu melawat komuniti Bajau Laut di Pulau Mabul, Sabah baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Zoey Rahman akhirnya memohon maaf diatas kekhilafannya itu.
Menurut Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, dia terpaksa berbuat demikian atas faktor-faktor keselamatan.
“Semoga ibu-ibu #bajaulaut diberi kesihatan dan kebahagian. Pasal isu campak tu, saya mintak maaf.
“Nampak tak sopan dan tak ada adab, kami terpaksa berbuat macam tu. Kalau tak yang belakang tak akan dapat makanan dan takut mereka naik atas bot, jadi kami terpaksa menjaga keselamatan,” tulisnya.
Permohonan maaf itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Lagenda Budak Setan itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga mahu memastikan kesemua komuniti Bajau Laut tersebut mendapat bantuan makanan yang diberikan.
Dalam pada itu, Zoey turut berharap agar semua pihak faham dengan situasi yang harus dilaluinya itu sewaktu berada di pulau tersebut.
“Apa-apa pun mereka sangat baik dan cantik-cantik. Siapa yang pernah pergi sana, tahu la keadaan disana. Harap semua faham situasi darurat,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen faham akan situasi tersebut selain turut berharap agar komuniti Bajau Laut ini akan terus dibantu oleh pihak yang berkenaan.
“Bang saya pun ikut sedih tengok video ini. Semoga orang suku Bajau Laut ini selalu diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki.
“Semoga Zoey sentiasa dimurahkan rezeki.
“Tak boleh tengok video macam ni. Sedih sangat.
“Semoga murah rezeki dan panjang umur bro,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Zoey berkongsi sebuah video yang memaparkan keadaan agak kelam kabut di atas laut sewaktu dia ingin menyumbangkan barangan makanan buat para komuniti Bajau Laut.
Zoey juga dilihat membaling makanan tersebut untuk diagihkan kepada meraka yang berada di bot belakang.
Tindakan tersebut telah menerima reaksi pelbagai daripada netizen yang menonton video di laman Tik Tok milik Zoey.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zoey Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jarang berkongsi penampilan berhijab di media sosial, figura tinggi lampai ini sentiasa menarik perhatian ramai dengan setiap helaian padanan yang digayakan dari gaya moden hingga yang paling simple.
Apa yang menjadi tumpuan di laman sosial, tweet seorang hijab stylist dan makeup artist yang memuat naik gambar serta video selebriti Scha Alyahya.
Stail & Gaya Skaf Mudah Sesuai Untuk ‘Beginner’
Pengayaan skarf sangat simple dan mudah untuk diikuti sesuai untuk yang mahu mula berhijab. Belitan setiap gaya hijabnya tidak rumit dan kebanyakannya tidak menggunakan pin yang banyak.
Umum, selebriti dan pengacara ini belum mengenakan hijab, apa yang boleh MH kongsikan adalah pemakaian skarf yang digayakan ini sesuai dengan imej elegan dan sophistikated Scha Al Yahya.
Pengayaan skarf yang dikenakan oleh Scha ini sememangnya sesuai untuk digayakkan para wanita moden yang belum pernah mengayaankan hijab.
Manakala, bagi mereka yang sudah berhijab, apa yang perlu digunapakai untuk merealisaikan pengayaan seperti ini adalah inner turle neck atau inner hijab yang menutupi bahagian leher.
Stail Skarf Scha Sesuai Pengayaan:
GLAM LOOK: Padanan skarf net bertatah mutiara, sesuai untuk ke majlis-majlis khas. Padanan anting-anting berbentuk bunga, ternyata menampakkan sisi feminin selebiti ini.
NATURAL LOOK: Skarf polos dengan solekan natural, hanya juntaian subang di telinga sebagai penyeri. Wanita yang berhijab boleh juga mengayakan stail ini, hanya perlu inner tudung yang warna sedikit kontra dan menutupi leher.
EKTRAVANGANZA: Bukan semua orang sesuai mengayakan tudung bercorak, dalam pilihan gaya ini, penata gaya ini pandai memilih corak skarf yang sesuai dengan bentuk wajah Scha. Corak bunga yang ekstra saiz dengan kombinasi rona tanah, solekan selebriti ini nampak memukau.
Netizen Puji Kecantikan SCHA Berhijab, Doa Dikurniakan Hidayah!
Rata-rata yang melihat penampilan selebriti ini dengan pengayaan skarf, memuji dan inginkan tutorial dari penata gaya tudung yang menatarias isteri jelita kepada aktor Awal Ashaari.
Namun ada juga yang tetap mendoakan semoga jelitawan pelbagai bakat, Scha Al Yahya dikurniakan hidayah untuk berhijab sepenuhnya.
Sekadar info Scha Al Yahya atau nama sebenar Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya, mula dikenali selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006
Kemunculan sulung Scha di televisyen adalah menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak pembantu sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
“Bukan gimik tahun baru.” Itu kata Neelofa apabila ditebak dengan persoalan sama ada pengunduran dirinya menerusi program hiburan, MeleTOP ada sebagai gimik bersempena dengan tahun baru 2020.
Pengacara dan usahawan itu bagaimanapun mendedahkan, perancangan untuk berundur sudah pun difikirkan sejak beberapa bulan lalu.
“Bebulan-bulan lamanya. Bukan gimik tahun baru. Kebetulan pengumuman dibuat pada penghujung tahun. Kalau nak diikutkan, setiap kontrak kami akan tamat pada akhir bulan Oktober.
“Saya ada suarakan untuk mungkin tukar tarikhnya kepada tahun hadapan, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan, jadi kita kekalkan kepada bulan ini,” jelas Neelofa.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Masih berbaki lagi tigga minggu dan kita akan meraikan Lofa,” celah Nabil pada sesi sidang media dan Lofa turut memberitahu, episod terakhirnya bersama MeleTOP adalah pada 31 Disember depan.
MeleTOP mulai disiarkan pada 30 Oktober 2012 dengan menggandingkan Neelofa dan Nabil Ahmad dan sehingga kini ia sudah pun bersiaran sebanyak 370 episod.
Semalam, bintang itu mengumumkan dirinya akan undur diri dari mengendalikan program terbabit ketika siaran langsung selepas tujuh tahun bersiaran.
Pengumuman tersebut turut mengejutkan ramai pihak, sekaligus menjawab speklulasi yang bertebaran sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Yayasan Nasional Prihatin (Prihatin) terus komited dalam usaha kebajikan dengan menyalurkan sumbangan bernilai RM1.5 juta kepada 16,000 penerima menerusi siri Kembara Madani Ramadan tahun...