“Kesian Juweta! Sedih Teruk Sampai Bengkak Mata Aku,” – Ramai Geram & Emosi, Tak Sabar Tunggu Episod Baru Takdir Yang Tertulis!

Share

Meski baru beberapa episod ditayangkan, namun drama bersiri terbaru yang bersiaran menerusi slot Samarinda TV3, Takdir Yang Tertulis nyata mendapat sambutan hangat pencinta drama tempatan.

Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, drama ini mengisahkan konflik perhubungan di antara empat kenalan iaitu Azlan yang dilakonkan oleh Nazim Othman, Juweta (Nad Zainal), Ean (Alvin Chong) dan Ruhila (Elvina Mohamad).

Ruhila merupakan teman rapat kepada Juweta, yang disifatkan sebagai wanita tegas dengan memiliki ego yang tinggi.

Sementara Azlan pula ialah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja atas nama cinta namun sentiasa menghadapi masalah bersama isterinya, Juweta.

Ruhila pula yang berpasangan dengan Ean, ditampilkan sebagai seorang wanita positif sebelum takdir mengubah dirinya menjadi seseorang yang berbeza daripada sebelumnya.

Pada episod yang bersiaran pada Khamis, rata-rata penonton tidak berpuas hati dengan tindakan Azlan, selain semua harta Juweta ‘hilang’ dalam sekelip mata termasuk anaknya, Mika (Isaac Iman).

Masing-masing memberikan reaksi terhadap kisah yang berlaku dan tidak sabar untuk menantikan apakah konflik dan kejutan yang bakal terhadi selepas ini.

Hal tersebut boleh ditinjau menerusi ruangan komen di Instagram Nad Zainal yang memaparkan fotonya sedang memeluk Mika.

“Mama akan dapatkan Mika semula! I promise sayang!,” tulisnya.

Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat reaksi balas Nad.

Sementara itu menerusi posting terkininya pula, turut dipaparkan ialah kejayaan drama tersebut yang menjadi trending di laman sosial Twitter.

“TERIMA KASIH, Dah dah…Sapulah air mata kalian. #takdiryangtertulis, pecah rekod ya harini tweet!,” tulis ibu hamil ini lagi.

Bersiaran sebanyak 15 episod, Takdir Yang Tertulis turut disokong oleh para pelakon lainnya seperti Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri dan ramai lagi.

Foto: Instagram Nad Zainal

Published by
MH