Tidak dinafikan, sepanjang melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan ramai masyarakat yang menghadapi masalah dari segi kewangan dan sumber pendapatan.

Lalu, tidak kira selebriti atau tidak, ramai yang juga menghulurkan bantuan bagi kepada sesiapa yang amat memerlukan.

Artis versatil Elly Mazlein misalnya meluahkan rasa kesal dengan segelintir sikap netizen yang mengambil kesempatan atas bantuan yang diberikan.

“Assalamualaikum kakak lina ada dpt byk dm yg minta bantuan .. InsyaAllah kakak lina cuba bantu apa yg patut .. tapi malangnya terlalu byk fake acc sampai kakak lina x tau siapa yg benar2 memerlukan.

Ads

“mohon sangat diwaktu ini kejujuran yg kepom minta.. kesian kpd mereka yg benar2 memerlukan.. ada juga minta bantuan tapi private ig.

“diwaktu ini bersama samalah kite bertimbang rasa , prihatin dan jujur ya .. kepom x minta byk , hanya kejujuran .. kepom sayang dan prihatin .. sayang kamu semua ..Dan akhir sekali doakan kepom & keluarga ya..,” tulisnya.

Ads

Ads

Selain itu, rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata yang dikongsi oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu.

“Kesian Kepada Mereka Yang Benar Memerlukan,” – Mohon Bantuan Tapi Pakai Fake Account? Elly Mazlein Minta Bersikaplah Jujur

Foto : Instagram Elly Mazlein

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI