Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Mohamad mendedahkan dirinya kerap memerima mesej-mesej berbaur kebencian di platform media sosial miliknya.

Menurut Hafiza, dia tidak akan memberikan perhatian terhadap mesej-mesej sedemikian dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Setiap hari saya terima beratus-ratus mesej-mesej kebencian daripada cyber troopers tegar. Alhamdulillah, saya tidak baca hanya terus tekan sekat dan padam.

“Kesian sebab mereka bersungguh menulis maki hamun mereka pasti penatkan,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh Hafiza menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Pada masa sama, Hafiza turut memaklumkan dirinya telah pun memaafkan semua pihak yang menghantar mesej kebencian tersebut.

“Tapi tidak mengapa, saya maafkan sebab mereka tidak tahu perkara lebih baik.

“Mereka seperti seekor lembu yang di cucuk hidung tetapi pastinya mereka sangat-sangat menghiraukan kami kerana mereka meluangkan banyak masa dan tenaga kepada kami,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Hafiza akui tersentuh kerana masih ada pihak yang menitipkan mesej-mesej yang baik dan memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

“Allah ilhamkan untuk terbaca DM sister ini.

“Allahuakbar ramai lagi insan-insan hebat yang mempunyai akal yang waras untuk berfikir dan menjaga adab alhamdulillah
#KamiMaafKanSemua,” akhirinya.

Terdahulu, Hafiza kembali memuat naik perkongsian di Instagram setelah lama menyepi disebabkan Instagram miliknya
dinyahaktifkan.

Menerusi perkongsian itu, Hafiza memanjatkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan dan hanya Allah dapat membalas buat mereka yang sentiasa mendoakan mereka.

Pada 13 Jun lalu, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu. Aliff turut menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI