
Sharifah Sakinah ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Menerusi foto tersebut, kelihatan ibu kepada seorang cahaya mat itu sedang mengenakan baju putih tanpa lengan.
“Top 3 kegemaran buku sakinah . Penulisnya @tomwrightasia,” tulisnya pada foto berkenaan.
View this post on InstagramTop 3 kegemaran buku sakinah . Penulisnya @tomwrightasia
A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Bagaimanapun, perkongsian Sakinah telah mendapat kritikan daripada seorang pengguna Instagram yang dilihat ada meninggalkan reaksi di ruangan komen entri berkenaan.
“Dosanya tayang kat semua org..kesian suami awk sis terpaksa menanggung dosa2 awk…,” tulis individu terbabit.
Bagaimanapun, komen yang diberikan itu menerima respon dari peminat pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu.
Sakinah setakat ini tidak pula memberikan komen balas terhadap perkara berkenaan.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Diberitahu Syamsul Memang Mahukan Saya…,” – Beri Impak Meski 2 Babak, Netizen Puji Ellie Suriaty

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas setiap komen positif yang diberikan penonton sejurus menonton babak lakonannya menerusi filem epik fenomena, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Meski penglibatannya di dalam filem tersebut tidak lama, namun ramai yang menyifatkan penghayatan yang diberikan aktres ini cukup memberi kesan.
“Kenalah tonton, barulah boleh setuju atau tidak ia beri impak atau sebaliknya.
“Alhamdulillah. Bagi saya selagi pengarah, penerbit dan produksi yang boleh menerima saya syukur.
“Saya memang tahu, kemunculan saya hanya untuk dua babak. Malah saya diberitahu Syamsul Yusof memang mahukan saya untuk babak tersebut.
“Saya sendiri sukakan babak itu kerana ia membakar semangat audiens untuk keseluruhan perjalanan filem, insya-Allah,” katanya.
Reaksi tersebut diberikan Ellie ketika ditemubual menerusi segmen Suria Petang di Suria FM baru-baru ini.
Dia pada masa sama turut tumpang gembira atas kejayaan yang dilakar filem terbitan Studio Kembara itu.
“Penggambarannya sekitar tiga ke empat tahun lepas, sebelum pandemik.
“Saya sedia faham filem ini mendukung satu watak yang besar, tokoh yang berilmu. Jadi agak sukar untuk direalisasikan.
“Saya tahu penerbit lalui pelbagai cabaran untuk menghasilkan filem ini.
“Saya sangat seronok bila kutipannya pun berganda-ganda. Ini satu input positif kepada penggiat industri kreatif kita.
“Bila mana ramai yang penonoton, menghargai sosok pejuang tanah air,” katanya lagi.
Terkini, filem berkenaan kini merekod kutipan RM47 juta dalam tempoh 11 hari, sekali gus memecah rekod filem Munafik 2 yang mencatat kutipan RM48 juga dalam tempoh lebih sebulan tayangan pada 2018.
Perkara tersebut turut dikongsikan Syamsul menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dalam Hati Tertanya Siapalah Yang Tinggal Di Atas Tu,” – Selain Miliki Mahligai 30 Bilik, Aliff Syukri Turut Diami Rumah Atas Pavilion RM6 Juta

Selepas mendedahkan mengenai kejayaannya dalam memiliki kediaman idaman di kawasan ‘segi tiga emas’ iaitu di Pavilion Kuala Lumpur, usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui pendedahan yang dilakukan bukanlah untuk bersikap riak.
Sebaliknya, bapa kepada empat cahaya mata ini mahu berkongsi seterusnya cuba memberikan inspirasi buat mereka di luar sana, apatah lagi kawasan yang di diami itu amat jarang dihuni golongan bumiputra.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
“Boleh dikatakan lebih 70 peratus adalah terdiri daripada kalangan mereka yang bukan Melayu dan warga asing. Kadang-kadang bila berada di situ saya nampak ada menteri dan Mat Saleh.
“Dalam hati saya berkata Ya Allah Ya Tuhanku, aku anak Felda, aku bukan berniaga benda yang haram. Alhamdulillah dalam 11 tahun berniaga akhirnya saya dapat merasa diami rumah impian,” katanya kepada MH.
Merakam memori, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini turut menambah suatu ketika dahulu hatinya sering tertanya siapakah yang mendiami kawasan elit berkenaan.
View this post on Instagramselamat pagi.. abg dah selesai mop lantai.. bersih tak lantai abg??
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
“Bila lalu sahaja sekitar Pavilion, saya selalu tertanya siapalah yang tinggal di atas tu. Dalam hati tertanya-tanya. Saya ingatkan dalam 5 ke 600 ribu sahaja harganya.
“Bagaimanapun bila saya tanya, rumah yang hanya mempunyai keluasan dua bilik, harga minimumnya dalam 4 juta. Saya rasa wow…harga tu tak masuk akal. Tapi berkat usaha dan kesungguhan, akhirnya impian menjadi kenyataan,” katanya syukur.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Difahamkan, Aliff seisi keluarga akan mendiami rumah rumah tersebut setiap kali selesai membeli-belah atau sebulan sekali.
Aliff sebelum ini pernah mendapat perhatian ramai apabila merasmikan kediaman utamanya yang dinamakan Aliff Syukri Palace di Sri Damansara. Rumah agam berkenaan dikatakan mempunyai lebih 30 bilik.
Kediaman mewah tersebut turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti lain seperti surau, gim dan bilik kebal.
View this post on InstagramBangga dan terinspirasi sangat dengar kisah dari @aliffsyukriterlajaklaris ♥️ #MHnews #MediaHiburan
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Benar Ada Masalah Itu, Dulu Lagi Saya Dah Buat,” – Kes Saman 2.5 Juta Bakal Berpindah Ke Mahkamah Tinggi, Syura Tepis Dakwaan Iri Hati Dengan Siti Nordiana

Perbicaraan kes saman fitnah melibatkan penyanyi, Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengari hakim Mahkamah Tinggi.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh salah seorang defendan yang juga merupakan penyanyi, Syura Badron.
Menurut Syura, kes ini terpaksa dibawa ke Mahkamah Tinggi memandangkan tuntutan oleh pihak plaintif (Siti Nordiana) terhadap defendan iaitu sebanyak RM2.5 juta adalah melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen.
Katanya lagi, perbicaraan kes ini tidak akan disambung sebaliknya ia akan dimulakan semula daripada peringkat awal.
“Apa yang boleh saya kongsikan mengenai progres kes ini, sekarang ini, daripada mahkamah seksyen, kes ini dah berpindah ke mahkamah tinggi.
“Ini kerana tuntutan yang dibuat oleh pihak di sana melebihi kapasiti mahkamah seksyen. Peguam saya dah buat permohonan untuk berpindah ke mahkamah tinggi dan ia telah diluluskan.
“Bagaimanapun, tarikh perbicaraan masih lagi belum diketahui. Tarikh-tarikh yang di mahkamah seksyen sudah tidak dipakai lagi. Kita akan bermula semula daripada peringkat awal di mahkamah tinggi nanti.
“Kes ini mungkin akan berpanjangan agak lama. Saya sendiri tak boleh nak jangka bila kes ini akan selesai,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media pengenalan single terbaru Lan Solo berjudul 5 Kaki 4 Inci di The Gardens, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ketika ditanya samaada kontroversi ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kehidupannya, Syura memberitahu, dia menerima segala dugaan ini dengan hati terbuka.
“Perkara ini dah pun berlaku. Apapun yang terjadi, sama ada susah atau senang saya kena hadapi juga. Sebagai selebriti, kita kena sentiasa bersedia dengan apa sahaja yang bakal berlaku.
“Saya akui, saya kena ambil sedikit masa untuk hadam semua perkara ini lebih-lebih lagi apabila dikecam. Mungkin orang luar nampak kita biasa sahaja tetapi mereka tak tahu apa yang kita alami.
“Apapun yang berlaku, saya terima dengan hati yang terbuka. Perkara yang paling penting ketika ini adalah keluarga dan anak-anak saya,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya dengki dengan kejayaan yang telah dikecapi Siti Nordiana.
“Ramai juga sebenarnya yang mendakwa saya ni busuk hati atau cemburi dengan kejayaan Nana. Itu semua tidak benar.
“Nana pun dah berjaya sejak daripada GV2. Kalau benarlah saya ada masalah itu, daripada dahulu lagi saya dah buat macam tu. Benda dah pun berlaku dan saya kena hadapinya.
“Apa yang boleh saya katakan, sama ada saya mahupun pihak plantif, masing-masing menginginkan satu keputusan yang baik untuk kedua-dua belah pihak. Itu sahajalah harapan saya,” akhirinya.
Terdahulu, Siti Nordiana, 37, memfailkan saman RM2.5 juta terhadap Syura serta empat yang lain atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram.
Empat defendan lain ialah penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, serta isterinya Nur Sheila Hassim, 36, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 42.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI