“Kesian Suami Awak Sis Terpaksa Menanggung Dosa Awak,”- Disindir Netizen, Peminat Sharifah Sakinah Tempelak Balik!

Share

Sharifah Sakinah ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto tersebut, kelihatan ibu kepada seorang cahaya mat itu sedang mengenakan baju putih tanpa lengan.

“Top 3 kegemaran buku sakinah . Penulisnya @tomwrightasia,” tulisnya pada foto berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian Sakinah telah mendapat kritikan daripada seorang pengguna Instagram yang dilihat ada meninggalkan reaksi di ruangan komen entri berkenaan.

“Dosanya tayang kat semua org..kesian suami awk sis terpaksa menanggung dosa2 awk…,” tulis individu terbabit.

Bagaimanapun, komen yang diberikan itu menerima respon dari peminat pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu.

Sakinah setakat ini tidak pula memberikan komen balas terhadap perkara berkenaan.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

Published by
Nazar Rafiqhi